{"id":11771,"date":"2026-06-19T10:41:32","date_gmt":"2026-06-19T10:41:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11771"},"modified":"2026-06-19T10:41:32","modified_gmt":"2026-06-19T10:41:32","slug":"tudung-dijadikan-bahan-politik-syahredzan-kecam-imej-ai-libatkan-pemimpin-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tudung-dijadikan-bahan-politik-syahredzan-kecam-imej-ai-libatkan-pemimpin-dap\/","title":{"rendered":"Tudung dijadikan bahan politik, Syahredzan kecam imej AI libatkan pemimpin DAP"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengecam tindakan menularkan imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan beberapa pemimpin wanita DAP berketurunan Cina memakai tudung, menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan menghina sensitiviti agama.<\/p>\n<p>Menurut beliau, imej yang dikongsikan menerusi satu hantaran media sosial berbahasa Cina itu dipercayai bertujuan mempengaruhi sentimen pengundi masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Syahredzan mendakwa imej tersebut cuba menggambarkan kononnya DAP sanggup mengorbankan kepentingan masyarakat Cina demi meraih sokongan pengundi Melayu.<\/p>\n<p>\u201cTindakan itu bukan sahaja tidak matang, malah telah mengguris hati umat Islam kerana memperalatkan hijab demi agenda politik peribadi.<\/p>\n<p>\u201cHijab bukan peluru politik anda atau alat untuk mengejek pihak lawan. Bagi ramai orang, ia adalah sebahagian daripada identiti Muslim dan satu kewajipan bagi mereka yang beriman,\u201d katanya menerusi kenyataan di media sosial.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan sikap pihak tertentu yang didakwanya sanggup menggunakan isu agama dan budaya sebagai bahan kempen politik semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.<\/p>\n<p>\u201cAdakah mereka begitu terdesak untuk mendapatkan undi masyarakat Cina di Johor sehingga sanggup merendahkan diri ke tahap ini?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Syahredzan memuat naik tangkap layar satu hantaran media sosial yang memaparkan beberapa wanita memakai pakaian Pakatan Harapan dan bertudung, dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, semakan mendapati hantaran asal tersebut tidak lagi dapat diakses dan dipercayai telah dipadamkan selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak.<\/p>\n<p>Difahamkan, individu yang dikaitkan dengan hantaran berkenaan didakwa mempunyai hubungan dengan MCA, namun setakat ini parti itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.<\/p>\n<p>Usaha mendapatkan maklum balas daripada MCA dan pihak yang terlibat juga masih belum menerima sebarang respons ketika artikel ini ditulis.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengecam tindakan menularkan imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan beberapa pemimpin wanita DAP berketurunan Cina memakai tudung, menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan menghina sensitiviti agama. Menurut beliau, imej yang dikongsikan menerusi satu hantaran media sosial berbahasa Cina itu dipercayai bertujuan mempengaruhi sentimen pengundi masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8285,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[250,63,630,180,103,373,4196],"authors":[],"class_list":["post-11771","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ai","tag-dap","tag-johor","tag-mca","tag-prn","tag-syahredzan-johan","tag-tudung"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11771","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11771"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11771\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11772,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11771\/revisions\/11772"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11771"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11771"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11771"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11771"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}