{"id":11773,"date":"2026-06-19T10:55:02","date_gmt":"2026-06-19T10:55:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11773"},"modified":"2026-06-19T10:55:02","modified_gmt":"2026-06-19T10:55:02","slug":"fahmi-tegas-tolak-ai-ganti-peranan-wartawan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-tegas-tolak-ai-ganti-peranan-wartawan\/","title":{"rendered":"Fahmi tegas tolak AI ganti peranan wartawan"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menegaskan tidak akan menyokong sebarang usaha menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menggantikan peranan wartawan dalam penghasilan berita.<\/p>\n<p>Menterinya, Fahmi Fadzil berkata sendiri menolak cadangan sebuah entiti yang memohon menggunakan Dana Inovasi Media untuk membangunkan aplikasi AI yang mampu menghasilkan laporan berita secara automatik tanpa penglibatan wartawan.<\/p>\n<p>Menurutnya, aplikasi itu dicadangkan untuk memproses kenyataan media yang dikeluarkan oleh kementerian atau mana-mana pihak sebelum menukarkannya terus kepada laporan berita.<\/p>\n<p>\u201cMereka cadangkan satu aplikasi yang boleh ambil kenyataan daripada kementerian atau mana-mana pihak dan terus hasilkan berita.<\/p>\n<p>\u201cTuan-tuan dan puan-puan nak tahu apa jawapan saya? Hampir-hampir saya minta mereka keluar, tetapi tidaklah saya bercakap kasar.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak mahu layan aplikasi macam ini dan saya kata saya tidak boleh sokong usaha seperti ini,\u201d katanya ketika berucap pada Program Pemukiman Media Malaysia 2.0 bersama Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, peranan wartawan tidak boleh digantikan oleh teknologi AI kerana tugas mereka jauh lebih besar daripada sekadar menulis dan menyusun ayat untuk sesuatu laporan.<\/p>\n<p>Katanya, wartawan berfungsi sebagai saksi kepada sesuatu peristiwa, mendapatkan maklumat daripada sumber primer serta mengesahkan fakta sebelum sesuatu berita diterbitkan kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cUntuk saya, wartawan itu sangat-sangat penting. Tidak boleh ganti tugas wartawan dengan AI kerana fungsi wartawan adalah menjadi saksi, mengumpul maklumat daripada sumber primer dan berdasarkan disiplin, pengalaman serta keupayaan mereka mengolah sesuatu berita.<\/p>\n<p>\u201cJadi itulah komitmen saya dan Kementerian Komunikasi untuk memastikan pekerjaan para wartawan dapat kita kekalkan.<\/p>\n<p>\u201cTanpa wartawan, bagi saya dan bagi pihak kementerian, tanpa wartawan tidak ada berita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan teknologi AI kebelakangan ini telah mencetuskan perdebatan dalam industri media global apabila semakin banyak organisasi mula menggunakan teknologi tersebut bagi membantu menghasilkan kandungan, menterjemah laporan dan menyunting bahan berita.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pengamal media berpendapat penggunaan AI seharusnya berfungsi sebagai alat sokongan kepada wartawan dan bukannya menggantikan peranan manusia sepenuhnya, terutama dalam aspek pengesahan maklumat, etika kewartawanan serta liputan di lapangan.<\/p>\n<p>Dana Inovasi Media yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini bertujuan membantu organisasi media meneroka teknologi baharu dan memperkukuh kelestarian industri, namun Fahmi menegaskan sebarang inovasi yang menjejaskan peranan asas wartawan tidak akan mendapat sokongan kementerian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menegaskan tidak akan menyokong sebarang usaha menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menggantikan peranan wartawan dalam penghasilan berita. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata sendiri menolak cadangan sebuah entiti yang memohon menggunakan Dana Inovasi Media untuk membangunkan aplikasi AI yang mampu menghasilkan laporan berita secara automatik tanpa penglibatan wartawan. Menurutnya, aplikasi itu dicadangkan untuk memproses [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9208,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,49,4197,690,231,345],"authors":[],"class_list":["post-11773","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-fahmi-fadzil","tag-gabungan-kelab-media-malaysia","tag-kementerian-komunikasi","tag-media","tag-wartawan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11773","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11773"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11773\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11774,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11773\/revisions\/11774"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9208"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11773"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11773"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11773"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11773"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}