{"id":11775,"date":"2026-06-19T11:04:39","date_gmt":"2026-06-19T11:04:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11775"},"modified":"2026-06-19T11:04:39","modified_gmt":"2026-06-19T11:04:39","slug":"harga-minyak-dunia-stabil-kuota-300-liter-boleh-dikembalikan-kamil-munim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-minyak-dunia-stabil-kuota-300-liter-boleh-dikembalikan-kamil-munim\/","title":{"rendered":"Harga minyak dunia stabil, kuota 300 liter boleh dikembalikan: Kamil Munim"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan masih belum membuat keputusan untuk mengembalikan kuota asal program BUDI95 kepada 300 liter sebulan walaupun konflik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) telah berakhir menerusi perjanjian damai yang dimeterai baru-baru ini.<\/p>\n<p>Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu akan dibuat berdasarkan perkembangan semasa ekonomi negara dan kestabilan pasaran global.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan perlu menilai terlebih dahulu kesan perjanjian damai tersebut terhadap harga minyak dunia sebelum memutuskan sama ada kuota tersebut boleh dikembalikan kepada paras asal.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan akan melihat kepada kedudukan dan keadaan semasa sebelum membuat keputusan tuntas. Kalau keadaan kembali seperti sebelum ini, saya fikir tidak ada masalah untuk kita kembali semula kepada kedudukan status quo sebelum perang berlaku,\u201d katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Agensi-agensi Kerajaan dan Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan menyambut baik perkembangan damai antara Iran dan AS kerana ia dijangka membantu menstabilkan harga minyak global sekali gus mengurangkan tekanan terhadap ekonomi dunia.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Muhammad Kamil menjelaskan proses pemulihan ekonomi tidak akan berlaku serta-merta kerana turut melibatkan faktor lain seperti kos logistik, pengangkutan dan insurans yang memerlukan masa untuk kembali ke paras normal.<\/p>\n<p>\u201cKita jangka mungkin mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum keadaan benar-benar kembali stabil. Walaupun perang dihentikan, kita masih perlu berhati-hati kerana sentiasa ada kemungkinan pihak tertentu melanggar perjanjian yang dicapai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuhkan strategi keselamatan tenaga negara dengan mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan kebergantungan kepada kawasan yang berisiko terjejas akibat konflik geopolitik.<\/p>\n<p>Menurutnya, langkah itu termasuk mengukuhkan hubungan strategik dengan beberapa negara pengeluar tenaga bagi memastikan bekalan negara sentiasa terjamin.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi jaminan kerajaan akan terus berusaha mengurangkan beban kos sara hidup rakyat sepanjang tempoh pemulihan ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan kekal komited memastikan rakyat tidak terbeban. Antara langkah yang dilaksanakan ialah mengekalkan harga runcit RON95 pada kadar RM1.99 seliter bagi membantu mengawal inflasi dan mengurangkan kesan kenaikan harga minyak global,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, kerajaan mengurangkan kuota subsidi diesel di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan susulan ketidaktentuan pasaran minyak dunia yang dipengaruhi konflik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Pada 15 Jun lalu, Iran dan AS dilaporkan mencapai persetujuan damai yang mengakhiri operasi ketenteraan di beberapa kawasan konflik selepas lebih tiga bulan ketegangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan masih belum membuat keputusan untuk mengembalikan kuota asal program BUDI95 kepada 300 liter sebulan walaupun konflik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) telah berakhir menerusi perjanjian damai yang dimeterai baru-baru ini. Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu akan dibuat berdasarkan perkembangan semasa ekonomi negara dan kestabilan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1798,1902,74,482,960,18,296],"authors":[],"class_list":["post-11775","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-budi95","tag-kuota","tag-minyak","tag-mof","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-pmx","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11775","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11775"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11775\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11776,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11775\/revisions\/11776"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11775"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11775"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11775"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11775"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}