{"id":11779,"date":"2026-06-19T11:12:17","date_gmt":"2026-06-19T11:12:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11779"},"modified":"2026-06-19T11:12:17","modified_gmt":"2026-06-19T11:12:17","slug":"mahfuz-dakwa-pas-punca-perpecahan-umat-islam-serlah-wajah-sebenar-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahfuz-dakwa-pas-punca-perpecahan-umat-islam-serlah-wajah-sebenar-hadi\/","title":{"rendered":"Mahfuz dakwa PAS punca perpecahan umat Islam, serlah wajah sebenar Hadi"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan PAS menamatkan hubungan ta\u2019awun siyasi dengan Bersatu disifatkan sebagai bukti kegagalan projek politik \u201cpenyatuan umat\u201d yang selama ini menjadi antara naratif utama Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata tulisan ruangan Minda Presiden PAS bertajuk \u201cPAS Tidak Pisahkan Politik Daripada Islam (Al-Din)\u201d merupakan pengakuan terbuka agenda penyatuan umat yang dilaungkan sebelum ini tidak berjaya dipertahankan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, PAS selama ini berulang kali menegaskan perpaduan umat Islam merupakan tuntutan agama dan asas perjuangan parti itu.<\/p>\n<p>Namun, beliau mempersoalkan mengapa gabungan politik yang dipimpin serta didominasi PAS akhirnya berdepan perpecahan.<\/p>\n<p>\u201cJika perpaduan umat begitu penting, mengapa gabungan yang dipimpin PAS sendiri akhirnya berpecah?<\/p>\n<p>\u201cRakyat berhak menilai sama ada projek penyatuan umat yang dilaungkan selama ini benar-benar berjaya atau sebaliknya,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n<p>Mahfuz turut merujuk kepada pelbagai kritikan yang terkandung dalam tulisan Presiden PAS terhadap Bersatu, termasuk dakwaan berkaitan ketamakan kuasa, perebutan kerusi, krisis dalaman dan kegagalan memelihara semangat setiakawan dalam gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sekiranya kelemahan itu benar-benar berlaku, timbul persoalan mengapa PAS terus mempertahankan Bersatu selama bertahun-tahun dan meminta rakyat memberikan sokongan kepada gabungan itu dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cJika Bersatu begitu bermasalah, mengapa PAS mempertahankannya selama ini? Dan jika PAS mendakwa paling memahami konsep perpaduan, mengapa hampir setiap kerjasama politik yang disertainya berakhir dengan perpecahan?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, konflik yang berlaku dalam PN dilihat lebih menjurus kepada perebutan kuasa dan pengaruh politik berbanding perbezaan prinsip seperti yang sering digambarkan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ukuran kejayaan politik Islam bukan terletak pada penggunaan istilah agama atau petikan dalil semata-mata, tetapi kemampuan menterjemahkan nilai amanah, keadilan dan perpaduan dalam pentadbiran kerajaan, pembangunan ekonomi serta hubungan antara kaum.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau berpandangan rakyat kini lebih memerlukan penyelesaian terhadap isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan cabaran ekonomi susulan ketidaktentuan geopolitik global, termasuk konflik yang berterusan di Asia Barat.<\/p>\n<p>\u201cMalangnya, apa yang dipersembahkan kepada rakyat ialah satu lagi episod pergaduhan sesama sendiri dalam kalangan pemimpin pembangkang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut menyifatkan tulisan Presiden PAS itu sebagai usaha untuk menjauhkan parti berkenaan daripada tanggungjawab terhadap kegagalan PN mengekalkan kesepaduan gabungan.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa PAS kini sedang melakukan \u201cpembersihan sejarah\u201d bagi mengelakkan parti itu dipersalahkan atas keretakan yang berlaku dalam PN.<\/p>\n<p>\u201cJika perpaduan umat menjadi ukuran kejayaan politik PAS, maka perpisahan PAS dan Bersatu adalah bukti bahawa projek tersebut telah menemui jalan buntu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hubungan PAS dan Bersatu menjadi perhatian selepas PAS mengumumkan penamatan hubungan kerjasama antara kedua-dua parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan PAS menamatkan hubungan ta\u2019awun siyasi dengan Bersatu disifatkan sebagai bukti kegagalan projek politik \u201cpenyatuan umat\u201d yang selama ini menjadi antara naratif utama Perikatan Nasional (PN). Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata tulisan ruangan Minda Presiden PAS bertajuk \u201cPAS Tidak Pisahkan Politik Daripada Islam (Al-Din)\u201d merupakan pengakuan terbuka agenda penyatuan umat yang dilaungkan sebelum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,3300,10,126,381,4198],"authors":[],"class_list":["post-11779","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-mahfuz-omar","tag-melayu","tag-pas","tag-perpecahan","tag-umat-islam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11779","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11779"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11779\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11780,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11779\/revisions\/11780"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11779"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11779"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11779"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11779"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}