{"id":11786,"date":"2026-06-20T01:55:46","date_gmt":"2026-06-20T01:55:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11786"},"modified":"2026-06-20T01:55:46","modified_gmt":"2026-06-20T01:55:46","slug":"amk-minta-rujuk-felda-berhubung-isu-tangguh-sambutan-hari-peneroka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-minta-rujuk-felda-berhubung-isu-tangguh-sambutan-hari-peneroka\/","title":{"rendered":"AMK minta rujuk Felda berhubung isu tangguh sambutan Hari Peneroka"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjelaskan sebarang persoalan berhubung penangguhan sambutan Hari Peneroka Felda di Johor perlu diajukan terus kepada Pengerusi Felda, Ahmad Shabery Cheek, dan bukannya dikaitkan dengan arahan kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata tidak dapat memberikan penjelasan lanjut selagi tiada kenyataan rasmi daripada pihak yang membuat keputusan berhubung penangguhan program tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSehingga ada jawapan yang jelas daripada Pengerusi Felda, saya tidak boleh beri apa-apa jawapan.<\/p>\n<p>\u201cPengerusi Felda ialah Ahmad Shabery Cheek. Anda kena tanya dia,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau mengulas isu yang tular di media sosial mengenai surat Felda bertarikh 16 Jun lalu kepada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, berhubung penangguhan sambutan Hari Peneroka Felda yang dijadual berlangsung pada 20 dan 21 Jun di Felda Ulu Belitong, Johor.<\/p>\n<p>Penangguhan program itu mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan ia berpunca daripada ketegangan politik antara parti-parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Muhammad Kamil bagaimanapun menolak cubaan sesetengah pihak yang menurutnya sengaja membina persepsi bahawa keputusan tersebut dibuat atas arahan kerajaan Pusat.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, beliau berkata kempen Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor dan Negeri Sembilan akan memberi tumpuan kepada keperluan memilih wakil rakyat yang mengutamakan kestabilan serta kebajikan rakyat, bukannya terlibat dalam percaturan politik semata-mata.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat perlu menilai alasan sebenar di sebalik pelaksanaan pilihan raya tersebut dan tidak terpengaruh dengan naratif yang cuba mengaitkannya dengan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cRakyat wajar melihat keutamaan pilihan raya ini. Kalau kita lihat di Johor umpamanya, kita ada baki setahun lagi, tetapi dibangkitkan tentang soal kestabilan dan diadakan PRN atas alasan kestabilan. Di mana yang di Johor itu tidak stabil?<\/p>\n<p>\u201cBegitu juga di Negeri Sembilan. Pilihan raya bukan diadakan kerana Menteri Besar curi duit, curi tanah ataupun terpalit dengan skandal, tetapi akibat pergelutan kuasa oleh kelompok tertentu yang mempergunakan beberapa pihak untuk mencipta ketidakstabilan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu penangguhan Hari Peneroka Felda menjadi perhatian ramai memandangkan program berkenaan merupakan acara tahunan penting yang menghimpunkan warga peneroka dari seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjelaskan sebarang persoalan berhubung penangguhan sambutan Hari Peneroka Felda di Johor perlu diajukan terus kepada Pengerusi Felda, Ahmad Shabery Cheek, dan bukannya dikaitkan dengan arahan kerajaan Persekutuan. Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata tidak dapat memberikan penjelasan lanjut selagi tiada kenyataan rasmi daripada pihak yang membuat keputusan berhubung penangguhan program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11705,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,4199,630,960,628,9,2124],"authors":[],"class_list":["post-11786","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-hari-peneroka","tag-johor","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-onn-hafiz","tag-pkr","tag-sambutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11786","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11786"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11786\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11787,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11786\/revisions\/11787"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11705"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11786"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11786"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11786"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11786"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}