{"id":11791,"date":"2026-06-20T08:01:01","date_gmt":"2026-06-20T08:01:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11791"},"modified":"2026-06-20T08:01:01","modified_gmt":"2026-06-20T08:01:01","slug":"petronas-diberi-peranan-urus-lapangan-gas-gergasi-turkmenistan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/petronas-diberi-peranan-urus-lapangan-gas-gergasi-turkmenistan-pmx\/","title":{"rendered":"Petronas diberi peranan urus lapangan gas gergasi Turkmenistan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan Turkmenistan menyerahkan dua blok utama di antara lapangan gas terbesar dunia kepada Petronas disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar terhadap keupayaan Malaysia di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan yang dimeterai semasa lawatan rasminya ke Turkmenistan membuktikan tahap keyakinan tinggi negara itu terhadap Malaysia, khususnya Petronas yang telah beroperasi di negara Asia Tengah berkenaan selama hampir tiga dekad.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kejayaan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada Petronas, malah meningkatkan kedudukan Malaysia dalam industri tenaga global.<\/p>\n<p>\u201cSemalam kami menandatangani perjanjian dan kerajaan Turkmenistan memutuskan untuk menempatkan dua blok utama yang membolehkan Malaysia dan Petronas mengusahakan salah satu lapangan gas terbesar di dunia.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, tahniah kepada rakyat Malaysia. Dengan kerja keras, komitmen dan hubungan baik yang kita bina dengan negara-negara luar, hasilnya kini dapat dilihat dengan jelas,\u201d katanya ketika berucap pada majlis perasmian kilang MKS Instruments Inc di Batu Kawan hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, pencapaian itu lahir daripada kestabilan politik negara, perpaduan rakyat serta profesionalisme syarikat dan tenaga kerja tempatan yang terus mendapat kepercayaan di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cPenghormatan ini jelas menggambarkan keyakinan tinggi negara luar terhadap Malaysia hasil keamanan yang kita kecapi, perpaduan rakyat yang utuh serta kesungguhan syarikat seperti Petronas.<\/p>\n<p>\u201cIni juga membuktikan kegigihan golongan pekerja kita yang sentiasa komited dalam membangunkan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan pendekatan Malaysia yang menitikberatkan hubungan diplomatik dan kerjasama strategik dengan negara luar mampu membuka peluang ekonomi baharu yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar berkata telah membangkitkan cadangan penglibatan lebih besar Petronas dalam sektor tenaga Turkmenistan ketika menerima kunjungan Presiden Turkmenistan ke Malaysia pada Disember 2024.<\/p>\n<p>\u201cApabila presiden datang ke Malaysia pada Disember 2024, saya menyatakan bahawa mereka perlu terbuka untuk membenarkan kita menyertai usaha ini. Saya juga berada di Turkmenistan atas jemputan beliau dan berita baiknya ialah tahap keyakinan mereka terhadap Malaysia amat tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Malaysia dan Turkmenistan bersetuju memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga selain memperluaskan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pengangkutan, pendidikan dan teknologi.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas lawatan rasmi Anwar ke negara itu, kedua-dua kerajaan menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan serta meneroka bidang kerjasama baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi bersama.<\/p>\n<p>Sektor minyak dan gas menjadi antara fokus utama perbincangan, dengan kedua-dua negara mengiktiraf peranan Petronas yang telah beroperasi di Turkmenistan selama hampir 30 tahun serta sumbangannya kepada pembangunan industri tenaga negara berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Turkmenistan menyerahkan dua blok utama di antara lapangan gas terbesar dunia kepada Petronas disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar terhadap keupayaan Malaysia di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan yang dimeterai semasa lawatan rasminya ke Turkmenistan membuktikan tahap keyakinan tinggi negara itu terhadap Malaysia, khususnya Petronas yang telah beroperasi di negara Asia Tengah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11792,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,430,48,285,434,18,4201],"authors":[],"class_list":["post-11791","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-gas","tag-lawatan","tag-madani","tag-petronas","tag-pmx","tag-turkmenistan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11791","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11791"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11791\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11793,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11791\/revisions\/11793"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11792"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11791"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11791"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11791"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11791"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}