{"id":11797,"date":"2026-06-20T08:05:50","date_gmt":"2026-06-20T08:05:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11797"},"modified":"2026-06-20T08:05:50","modified_gmt":"2026-06-20T08:05:50","slug":"lebih-ramai-rakyat-terima-bantuan-str-dan-sara-tahun-ini-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lebih-ramai-rakyat-terima-bantuan-str-dan-sara-tahun-ini-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"Lebih ramai rakyat terima bantuan STR dan SARA tahun ini: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Seramai sembilan juta rakyat di seluruh negara kini menerima manfaat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion bagi pelaksanaan kedua-dua inisiatif itu tahun ini.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah peruntukan tersebut meningkat berbanding RM10 bilion yang disediakan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam menghadapi kos sara hidup.<\/p>\n<p>Bagi Sarawak, beliau berkata sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan untuk hampir 900,000 penerima STR dan SARA di negeri itu.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan mahu memastikan bantuan ini sampai terus kepada golongan sasar, termasuk penduduk luar bandar dan warga emas yang berdepan kesukaran mengakses perkhidmatan perbankan,\u201d katanya selepas Program Penunaian STR dan Perkhidmatan Komuniti Bergerak Mini (Mini-MCS) di Dewan Mahligai Gading hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Kementerian Kewangan telah menyediakan 20 lokasi di Sarawak dan 17 lokasi di Sabah bagi membolehkan penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank menuntut bantuan secara tunai.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, program berkenaan sudah dilaksanakan di 15 lokasi di Sarawak dan lima lagi lokasi akan dilaksanakan minggu depan. Selain itu, penerima STR tanpa akaun bank juga boleh membuat tuntutan bantuan secara tunai di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Amir Hamzah berkata, selain STR, penerima yang layak turut menerima SARA, iaitu bantuan bulanan untuk membeli barangan keperluan asas di premis yang berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan Sarawak mencatat prestasi memberangsangkan dalam pelaksanaan program itu apabila 99 peratus penerima menggunakan MyKad untuk membuat pembelian di premis berdaftar.<\/p>\n<p>\u201cIni membuktikan mekanisme SARA berasaskan MyKad adalah mudah, selamat dan berkesan, terutama bagi masyarakat di kawasan luar bandar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, nilai kredit SARA yang diterima penerima adalah antara RM600 hingga RM2,400 setahun bergantung kepada kategori kelayakan, dan boleh mencecah RM2,500 apabila termasuk SARA Penghargaan yang disalurkan secara sekali bayar.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, jumlah Rakan Niaga SARA di seluruh negara meningkat kepada 13,491 premis setakat 16 Jun lalu, berbanding hanya 700 premis pada tahun 2024.<\/p>\n<p>Beliau berkata, program Mini-MCS yang menghimpunkan 11 agensi kerajaan juga akan diperluaskan ke lebih banyak lokasi bagi memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai bantuan dan perkhidmatan kerajaan dengan lebih cepat dan berkesan.<\/p>\n<p>STR dan SARA merupakan antara inisiatif utama Kerajaan MADANI bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi tekanan kos sara hidup.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai sembilan juta rakyat di seluruh negara kini menerima manfaat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion bagi pelaksanaan kedua-dua inisiatif itu tahun ini. Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah peruntukan tersebut meningkat berbanding RM10 bilion yang disediakan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,944,287,482,1516,1004,946],"authors":[],"class_list":["post-11797","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-bantuan","tag-kewangan","tag-mof","tag-rahmah","tag-sara","tag-str"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11797","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11797"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11797\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11798,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11797\/revisions\/11798"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11797"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11797"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11797"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11797"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}