{"id":11810,"date":"2026-06-20T12:10:28","date_gmt":"2026-06-20T12:10:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11810"},"modified":"2026-06-20T12:10:41","modified_gmt":"2026-06-20T12:10:41","slug":"speaker-sahkan-terima-makluman-hamzah-sebagai-ketua-pembangkang-samsuri-diketepikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/speaker-sahkan-terima-makluman-hamzah-sebagai-ketua-pembangkang-samsuri-diketepikan\/","title":{"rendered":"Speaker sahkan terima makluman Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, Samsuri diketepikan"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Rakyat secara rasmi menerima makluman mengenai kedudukan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang menjelang pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada Isnin ini.<\/p>\n<p>Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengesahkan telah menerima surat yang mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Larut itu sebagai Ketua Pembangkang, sekali gus mengenepikan Ahmad Samsuri Mokhtar yang sebelum ini dikatakan bakal mengisi jawatan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah terima surat yang mengesahkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan beberapa pertukaran tempat duduk Ahli Parlimen&#8230;. itu sahaja,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila surat tersebut diterima, namun mengesahkan sesi persidangan kali ini turut melibatkan beberapa perubahan susunan tempat duduk Ahli Parlimen.<\/p>\n<p>Antara perubahan yang mendapat perhatian ialah perpindahan tempat duduk Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini berada bersebelahan Hamzah.<\/p>\n<p>Johari berkata perubahan itu dibuat atas permintaan Ahli Parlimen Pagoh berkenaan.<\/p>\n<p>Semakan pada laman sesawang Parlimen menunjukkan Hamzah akan kembali menduduki kerusi Ketua Pembangkang di Blok G.<\/p>\n<p>Beliau akan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Muhyiddin pula dipindahkan ke Blok E dan akan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden.<\/p>\n<p>Kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini menjadi perdebatan selepas beliau dipecat daripada Bersatu pada Februari lalu.<\/p>\n<p>Susulan itu, PN menamakan Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan beliau.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kedudukan tersebut berubah apabila majoriti Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan supaya Hamzah terus memegang jawatan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Rakyat secara rasmi menerima makluman mengenai kedudukan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang menjelang pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada Isnin ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengesahkan telah menerima surat yang mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Larut itu sebagai Ketua Pembangkang, sekali gus mengenepikan Ahmad Samsuri Mokhtar yang sebelum ini dikatakan bakal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2196,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[947,1035,948,977,1590,309,697],"authors":[],"class_list":["post-11810","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dewan-rakyat","tag-hamzah-zainuddin","tag-johari-abdul","tag-kedudukan","tag-muhyiddin-yassin","tag-parlimen","tag-speaker"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11810","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11810"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11812,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11810\/revisions\/11812"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2196"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11810"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}