{"id":11867,"date":"2026-06-22T07:21:34","date_gmt":"2026-06-22T07:21:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11867"},"modified":"2026-06-22T07:21:34","modified_gmt":"2026-06-22T07:21:34","slug":"sprm-buka-siasatan-pemindahan-tiga-gajah-ke-jepun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-buka-siasatan-pemindahan-tiga-gajah-ke-jepun\/","title":{"rendered":"SPRM buka siasatan pemindahan tiga gajah ke Jepun"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ketirisan dan penyelewengan dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.<\/p>\n<p>Tiga gajah yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) itu menjadi tumpuan selepas timbul dakwaan terdapat bayaran berkaitan urusan pemindahan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan siasatan sedang dijalankan terhadap beberapa pihak yang terlibat, termasuk Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta ejen yang menguruskan pemindahan ketiga-tiga haiwan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSiatan memberi tumpuan kepada NRES, PERHILITAN serta ejen yang terlibat dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan dikenali sebagai DAK,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>SPRM berkata siasatan turut meneliti dakwaan terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain menyiasat sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa.<\/p>\n<p>Menurut suruhanjaya itu, siasatan masih berada pada peringkat awal dan dijalankan secara menyeluruh bagi mendapatkan gambaran lengkap berhubung transaksi serta proses yang terlibat.<\/p>\n<p>Isu pemindahan DAK mula mendapat perhatian selepas pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) pada 18 Jun lalu menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap urusan berkenaan.<\/p>\n<p>Pertubuhan itu mendakwa terdapat transaksi yang tidak telus dan mengaitkan beberapa individu dengan urusan pemindahan yang dianggarkan bernilai RM53 juta.<\/p>\n<p>Dakwaan tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai pengurusan hasil dan bayaran yang dikatakan berkaitan dengan pemindahan haiwan berkenaan ke Jepun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ketirisan dan penyelewengan dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun. Tiga gajah yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) itu menjadi tumpuan selepas timbul dakwaan terdapat bayaran berkaitan urusan pemindahan berkenaan yang tidak disalurkan kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4204,361,4211,4210,24,21],"authors":[],"class_list":["post-11867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-gajah","tag-jepun","tag-kementerian-sumber-asli-dan-kelestarian-alam","tag-pemindahan","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11869,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11867\/revisions\/11869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11867"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}