{"id":11871,"date":"2026-06-22T07:24:36","date_gmt":"2026-06-22T07:24:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11871"},"modified":"2026-06-22T07:24:36","modified_gmt":"2026-06-22T07:24:36","slug":"kerajaan-gubal-ruu-ai-perketat-kawalan-terhadap-deepfake-dan-salahguna-teknologi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-gubal-ruu-ai-perketat-kawalan-terhadap-deepfake-dan-salahguna-teknologi\/","title":{"rendered":"Kerajaan gubal RUU AI, perketat kawalan terhadap deepfake dan salahguna teknologi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil pendekatan dua serampang untuk menangani penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk penggunaan undang-undang sedia ada dan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus AI yang kini sedang dibangunkan.<\/p>\n<p>Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata pendekatan itu bertujuan memperkukuh langkah pencegahan dan akauntabiliti sepanjang kitar hayat teknologi AI, selain memastikan risiko berkaitan teknologi berkeupayaan tinggi seperti deepfake, kandungan sintetik dan manipulasi identiti dapat dikawal lebih awal.<\/p>\n<p>\u201cStrategi berlapis ini memastikan tindakan undang-undang sedia ada dan RUU Tadbir Urus AI saling melengkapi dalam mengimbangi inovasi dan kawalan risiko sistem.<\/p>\n<p>\u201cLangkah proaktif ini amat penting bagi memacu pemanfaatan AI secara bertanggungjawab tanpa mengkompromi keselamatan awam, kepentingan negara serta perlindungan menyeluruh terhadap hak mangsa, maruah individu dan kanak-kanak,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta penjelasan sama ada RUU berkenaan akan menangani secara khusus penyalahgunaan AI termasuk penghasilan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak berasaskan deepfake, penyamaran identiti dan penyebaran kandungan intim tanpa persetujuan.<\/p>\n<p>Menurut Gobind, RUU itu bukan sekadar bertujuan membendung penyalahgunaan AI, malah menjadi kerangka menyeluruh untuk memastikan pembangunan sistem AI dilakukan secara selamat sejak peringkat awal.<\/p>\n<p>Katanya, usaha itu akan melengkapi pengukuhan undang-undang sedia ada bagi menangani ancaman baharu yang muncul susulan perkembangan teknologi, termasuk kesalahan melibatkan eksploitasi kanak-kanak, serangan seksual dan kandungan yang melanggar undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cKita kena lihat AI secara keseluruhan. AI merangkumi semua sektor. Jadi kita perlu mengawal selia prosesnya dari peringkat awal sehingga akhir. Jika kandungan yang dihasilkan melanggar undang-undang, maka tindakan perlu diambil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Gobind juga berkata pembangunan ekosistem AI yang selamat memerlukan pendekatan menyeluruh yang merangkumi pematuhan undang-undang, keselamatan data dan penilaian terhadap produk AI sebelum digunakan.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada aspek keselamatan model AI bagi memastikan data pengguna dilindungi dan teknologi yang dibangunkan tidak menimbulkan risiko kepada masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cUndang-undang sedia ada boleh diperkukuh dan diperluaskan supaya mampu merangkumi cabaran baharu. Pada masa sama, kita perlu membawa pembaharuan yang diperlukan supaya bukan sahaja AI, malah teknologi baharu lain dapat ditangani dengan berkesan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil pendekatan dua serampang untuk menangani penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk penggunaan undang-undang sedia ada dan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus AI yang kini sedang dibangunkan. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata pendekatan itu bertujuan memperkukuh langkah pencegahan dan akauntabiliti sepanjang kitar hayat teknologi AI, selain memastikan risiko berkaitan teknologi berkeupayaan tinggi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7431,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,2138,947,248,1882,309],"authors":[],"class_list":["post-11871","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-deepfake","tag-dewan-rakyat","tag-digital","tag-gobind-singh","tag-parlimen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11871"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11872,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11871\/revisions\/11872"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11871"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}