{"id":11878,"date":"2026-06-22T09:29:56","date_gmt":"2026-06-22T09:29:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11878"},"modified":"2026-06-22T09:29:56","modified_gmt":"2026-06-22T09:29:56","slug":"prn-melaka-dijangka-diadakan-menjelang-september-rauf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-dijangka-diadakan-menjelang-september-rauf\/","title":{"rendered":"PRN Melaka dijangka diadakan menjelang September: Rauf"},"content":{"rendered":"<p>Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkemungkinan diadakan dalam tempoh kira-kira tiga bulan lagi susulan jangkaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum tamat penggal pentadbiran semasa pada hujung tahun ini.<\/p>\n<p>Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan pembubaran DUN dilakukan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri di Johor dan Negeri Sembilan selesai.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penggal DUN Melaka hanya akan berakhir pada penghujung Disember ini, namun pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum tarikh tersebut.<\/p>\n<p>\u201cTempoh habis penggal DUN Melaka hanya berakhir pada hujung tahun ini dan dalam tempoh berkenaan, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, sebelum sampai waktunya, kita akan terus menjalankan urusan kerajaan dan menyantuni rakyat sehingga satu tarikh yang akan diumumkan secara rasmi kelak,\u201d katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata, PRN Melaka tetap perlu dilaksanakan tahun ini kerana ia merupakan proses demokrasi yang ditetapkan mengikut tempoh penggal pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Katanya, fokus kerajaan negeri ketika ini adalah meneruskan agenda pembangunan dan pentadbiran bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan sebelum memasuki musim pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cTarikh akhir penggal ini adalah pada hujung Disember dan sudah pasti PRN akan diadakan sebelum tarikh itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum menjelaskan penggal DUN Melaka dijadualkan berakhir pada 27 Disember ini dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran dewan.<\/p>\n<p>Beliau berkata keputusan sama ada DUN dibubarkan lebih awal atau dibiarkan sehingga tamat penggal adalah hak Ketua Menteri selepas mengambil kira pelbagai faktor semasa.<\/p>\n<p>PRN Melaka sebelum ini diadakan pada November 2021 susulan krisis politik yang tercetus apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri ketika itu.<\/p>\n<p>Situasi tersebut menyebabkan kerajaan kehilangan majoriti dan membawa kepada pembubaran DUN pada 4 Oktober 2021.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkemungkinan diadakan dalam tempoh kira-kira tiga bulan lagi susulan jangkaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum tamat penggal pentadbiran semasa pada hujung tahun ini. Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan pembubaran DUN dilakukan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN diadakan sejurus selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,549,409,192,633,103],"authors":[],"class_list":["post-11878","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bubar","tag-dun","tag-melaka","tag-pilihan-raya","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11878","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11878"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11878\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11879,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11878\/revisions\/11879"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11878"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11878"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11878"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11878"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}