{"id":11883,"date":"2026-06-22T09:42:54","date_gmt":"2026-06-22T09:42:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11883"},"modified":"2026-06-22T09:42:54","modified_gmt":"2026-06-22T09:42:54","slug":"srikandi-pkr-persoal-sumbangan-rafizi-kepada-anak-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/srikandi-pkr-persoal-sumbangan-rafizi-kepada-anak-muda\/","title":{"rendered":"Srikandi PKR persoal sumbangan Rafizi kepada anak muda"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Srikandi PKR, Nurhidayah Che Rose menggesa Rafizi Ramli supaya menghentikan naratif yang didakwa boleh mengelirukan golongan muda dengan menggambarkan seolah-olah sistem negara berada dalam keadaan rosak.<\/p>\n<p>Menurut beliau, bekas timbalan presiden PKR itu seharusnya menjelaskan rekod pencapaiannya ketika berada dalam kerajaan, khususnya berkaitan usaha membantu dan memperkasakan anak muda, berbanding terus memainkan sentimen kekecewaan bagi meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>\u201cKerana mahu mendapat undi dan sokongan anak muda menjelang PRU16 dengan memperkudakan golongan muda yang teruja melihat perjuangan palsu, Rafizi cuba memutar-belitkan fakta dengan mendakwa sistem telah rosak.<\/p>\n<p>\u201cSemua anak muda dalam PKR tahu bahawa ketika berada dalam parti, beliau juga pernah memberikan pelbagai harapan kepada anak muda seperti isu gaji minimum dan harga kereta Myvi yang lebih murah, selain mengajar politik fitnah dan adu domba,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap kenyataan Rafizi dalam Podcast YBM Episod 52 yang mendakwa keresahan generasi muda terhadap masa depan mereka bukan menunjukkan golongan itu bermasalah, sebaliknya mencerminkan kelemahan sistem semasa.<\/p>\n<p>Dalam podcast berkenaan, Rafizi berkata ramai anak muda hari ini bekerja keras tetapi masih berdepan kesukaran untuk meningkatkan taraf hidup, sekali gus menyebabkan mereka mempersoalkan masa depan yang menanti.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Nurhidayah berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan kebimbangan anak muda boleh dijadikan bukti bahawa sistem negara telah gagal berfungsi.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau mempersoalkan sumbangan sebenar Rafizi ketika memegang jawatan penting dalam kerajaan, terutama dalam merangka dasar dan program yang memberi manfaat kepada generasi muda.<\/p>\n<p>\u201cSebagai anak muda, saya tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa generasi muda yang mempersoalkan masa depan mereka merupakan bukti sistem negara telah rosak.<\/p>\n<p>\u201cJika beliau benar-benar prihatin terhadap nasib anak muda, rakyat berhak mengetahui apakah inisiatif yang telah diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan, memperluaskan peluang pekerjaan dan memperkukuh kedudukan ekonomi golongan muda,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, golongan muda ketika ini lebih memerlukan penyelesaian praktikal berbanding retorik politik atau gambaran pesimis mengenai keadaan negara.<\/p>\n<p>\u201cApa yang lebih penting ialah apakah hasil dan impak yang telah dicapai melalui usaha tersebut. Anak muda tidak memerlukan naratif bahawa sistem sudah rosak, sebaliknya memerlukan peluang yang lebih luas serta dasar yang berkesan untuk menjamin masa depan yang lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan mana-mana pemimpin perlu dinilai berdasarkan rekod pencapaian, keberkesanan dasar dan hasil yang dibawa kepada rakyat, bukannya bergantung kepada retorik politik semata-mata.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Srikandi PKR, Nurhidayah Che Rose menggesa Rafizi Ramli supaya menghentikan naratif yang didakwa boleh mengelirukan golongan muda dengan menggambarkan seolah-olah sistem negara berada dalam keadaan rosak. Menurut beliau, bekas timbalan presiden PKR itu seharusnya menjelaskan rekod pencapaiannya ketika berada dalam kerajaan, khususnya berkaitan usaha membantu dan memperkasakan anak muda, berbanding terus memainkan sentimen kekecewaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11884,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3978,630,4214,633,103,8,4213],"authors":[],"class_list":["post-11883","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersama","tag-johor","tag-nurhidayah-che-rose","tag-pilihan-raya","tag-prn","tag-rafizi","tag-srikandi-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11883","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11883"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11883\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11885,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11883\/revisions\/11885"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11884"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11883"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11883"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11883"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11883"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}