{"id":11892,"date":"2026-06-22T19:15:45","date_gmt":"2026-06-22T19:15:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11892"},"modified":"2026-06-22T19:15:45","modified_gmt":"2026-06-22T19:15:45","slug":"kerjasama-dengan-putrajaya-kunci-kemajuan-johor-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerjasama-dengan-putrajaya-kunci-kemajuan-johor-anwar\/","title":{"rendered":"Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi faktor penting dalam memastikan pembangunan serta peruntukan yang lebih besar dapat disalurkan kepada sesebuah negeri, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, kerjasama yang erat membolehkan rundingan dilakukan secara lebih berkesan demi kepentingan rakyat, sambil mengambil contoh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cPremier Sarawak setuju untuk Kerajaan Sarawak bayar kepada kerajaan Malaysia RM1.8 bilion. Ini berlaku kerana kita runding dengan baik. Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKita berbincang dan akhirnya saya mengumumkan penerimaan RM1.8 bilion itu untuk manfaat rakyat Malaysia termasuk di Johor. Sebab itu saya selalu tegaskan, kalau mahu maju, kita perlu bekerjasama,\u201d katanya semasa Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bukit Gambir malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, sikap sentiasa menentang atau mengkritik Kerajaan Persekutuan boleh menyukarkan proses rundingan berkaitan pembangunan dan sumbangan kepada negeri.<\/p>\n<p>\u201cKalau ambil sikap tidak setuju dengan kita, menentang kita dan asyik kritik kita, macam mana kita hendak runding? Rundingan memerlukan hubungan yang baik dan saling menghormati,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau mempertahankan rekod Kerajaan Madani dalam menyalurkan semula hasil kepada Johor menerusi pelbagai projek pembangunan dan program untuk rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, antara tahun 2023 hingga 2025, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, manakala jumlah yang dikembalikan kepada negeri itu melalui pelbagai bentuk peruntukan dan pembangunan mencecah RM16 bilion.<\/p>\n<p>\u201cJohor menyumbang RM14 bilion, tetapi kita pulangkan semula sekitar RM16 bilion melalui projek dan pembangunan. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa jumlah peruntukan kepada Johor ketika pentadbiran terdahulu jauh lebih rendah.<\/p>\n<p>\u201cKetika kerajaan sebelum ini, jumlahnya sekitar RM6 bilion dan tidak sampai RM7 bilion. Di bawah Kerajaan Madani, ia meningkat kepada RM8.7 bilion, satu pertambahan yang besar,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Kenyataan Anwar itu hadir susulan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang sebelum ini mempersoalkan jumlah hasil yang dikembalikan kepada Johor berbanding sumbangan negeri itu kepada Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Baginda bertitah Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada kerajaan pusat, namun hanya menerima sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion untuk memenuhi keperluan hampir lima juta penduduk negeri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi faktor penting dalam memastikan pembangunan serta peruntukan yang lebih besar dapat disalurkan kepada sesebuah negeri, kata Anwar Ibrahim. Menurut Perdana Menteri, kerjasama yang erat membolehkan rundingan dilakukan secara lebih berkesan demi kepentingan rakyat, sambil mengambil contoh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak. \u201cPremier Sarawak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11252,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,630,727,4102,18,103],"authors":[],"class_list":["post-11892","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-johor","tag-pakatan-harapan","tag-pilihan-raya-negeri","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11892","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11892"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11892\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11893,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11892\/revisions\/11893"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11252"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11892"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11892"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11892"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11892"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}