{"id":11894,"date":"2026-06-22T19:22:50","date_gmt":"2026-06-22T19:22:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11894"},"modified":"2026-06-22T19:22:50","modified_gmt":"2026-06-22T19:22:50","slug":"penyasaran-subsidi-diesel-bawa-penjimatan-besar-jimat-rm2-bilion-setahun-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penyasaran-subsidi-diesel-bawa-penjimatan-besar-jimat-rm2-bilion-setahun-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"Penyasaran subsidi diesel bawa penjimatan besar, jimat RM2 bilion setahun: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang akan bermula di seluruh negara pada 1 Julai ini dijangka membolehkan kerajaan menjimatkan sehingga RM2 bilion setahun menerusi usaha membendung ketirisan dan penyalahgunaan subsidi.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, penjimatan yang diperoleh hasil mekanisme baharu itu akan disalurkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi daripada RM2.15 kepada RM2.10 seliter.<\/p>\n<p>\u201cPrinsipnya, penyasaran subsidi ini dapat menjimatkan kita sehingga RM2 bilion setahun dan kerana kita ada penjimatan ini, kita akan pulangkan juga kepada rakyat melalui pengurangan harga diesel daripada RM2.15 kepada RM2.10,\u201d katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel di Bangunan Perbendaharaan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sistem baharu itu akan menggunakan MyKad sebagai medium pengesahan kelayakan, sama seperti pelaksanaan BUDI RON95, bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia yang layak.<\/p>\n<p>Katanya, langkah tersebut bukan sahaja dapat memastikan bantuan kerajaan sampai kepada kumpulan sasar, malah mampu mengurangkan ketirisan yang berlaku akibat penyeludupan dan penggunaan diesel bersubsidi oleh pihak yang tidak layak.<\/p>\n<p>Amir Hamzah turut menjelaskanmekanisme baharu itu akan menyeragamkan pelaksanaan subsidi diesel di seluruh negara tanpa lagi membezakan kaedah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tekanan terhadap perbelanjaan subsidi negara meningkat dengan ketara susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan harga minyak dunia melonjak.<\/p>\n<p>\u201cSebelum konflik itu, tanggungan subsidi petrol dan diesel sekitar RM800 juta sebulan. Namun pada Mac tahun ini ia meningkat kepada hampir RM4.7 bilion dan RM4.9 bilion pada April,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain peningkatan kos subsidi, kerajaan juga mendapati penggunaan diesel melonjak daripada sekitar 624 juta liter sebulan kepada hampir 1.2 bilion liter sebulan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, lonjakan luar biasa itu dipercayai berpunca daripada ketirisan rentas sempadan serta amalan \u2018channel switching\u2019, iaitu pengguna yang sepatutnya membeli diesel tanpa subsidi beralih kepada diesel bersubsidi.<\/p>\n<p>Di Sabah dan Sarawak pula, kerajaan menganggarkan ketirisan mencecah sehingga satu bilion liter diesel setahun berdasarkan jurang antara penggunaan sebenar dan anggaran keperluan.<\/p>\n<p>Menyentuh mengenai harga di bawah program BUDI RON95 dan BUDI Diesel, Amir Hamzah berkata kerajaan akan terus mengekalkan pendekatan fleksibel berdasarkan keadaan pasaran minyak global dan kedudukan fiskal semasa.<\/p>\n<p>\u201cSetakat yang kita nampak, tidak nampak lagi harga itu melonjak dengan tinggi yang memaksa kerajaan untuk melihat balik RM1.99 seliter bagi BUDI RON95,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi jaminan pelaksanaan BUDI Diesel tidak memerlukan perubahan besar di stesen minyak kerana hanya melibatkan penyesuaian perisian tanpa pertukaran peralatan utama.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan harga diesel bersubsidi akan diturunkan kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas sistem subsidi bersasar dan memastikan peruntukan kerajaan dinikmati golongan yang benar-benar memerlukan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang akan bermula di seluruh negara pada 1 Julai ini dijangka membolehkan kerajaan menjimatkan sehingga RM2 bilion setahun menerusi usaha membendung ketirisan dan penyalahgunaan subsidi. Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, penjimatan yang diperoleh hasil mekanisme baharu itu akan disalurkan semula kepada rakyat melalui penurunan harga diesel bersubsidi daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,916,2147,287,296],"authors":[],"class_list":["post-11894","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-diesel","tag-jimat","tag-kewangan","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11894","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11894"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11894\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11895,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11894\/revisions\/11895"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11894"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11894"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11894"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11894"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}