{"id":11914,"date":"2026-06-23T06:50:40","date_gmt":"2026-06-23T06:50:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11914"},"modified":"2026-06-23T06:50:40","modified_gmt":"2026-06-23T06:50:40","slug":"sprm-arah-pegawai-kemas-kini-harta-perkukuh-integriti-dalaman-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-arah-pegawai-kemas-kini-harta-perkukuh-integriti-dalaman-azalina\/","title":{"rendered":"SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan mengemas kini perisytiharan harta masing-masing dalam tempoh sebulan sebagai sebahagian usaha memperkukuh integriti dan ketelusan dalam agensi itu.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Abdul Halim Aman, yang turut memulakan proses berkenaan sebagai contoh kepada seluruh warga suruhanjaya.<\/p>\n<p>\u201cBagi mengukuhkan integriti dalaman dan ketelusan, ketua pesuruhjaya telah mengarahkan semua pegawai SPRM untuk mengemas kini perisytiharan harta dalam tempoh satu bulan, dengan beliau sendiri memulakan proses tersebut sebagai teladan,\u201d katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta penjelasan mengenai langkah pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan baharu SPRM serta perkembangan siasatan berkaitan dakwaan kewujudan \u201cmafia korporat\u201d yang dikaitkan dengan pegawai agensi itu dan beberapa ahli perniagaan.<\/p>\n<p>Menurut Azalina, selain memperbaharui perisytiharan harta, SPRM turut memberi tumpuan kepada pengukuhan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), sistem semak dan imbang serta menolak sebarang bentuk salah laku dalaman.<\/p>\n<p>\u201cSPRM kini memberi tumpuan khusus melalui pelaksanaan lima prinsip utama iaitu integriti tanpa kompromi, penguatkuasaan yang adil, pencegahan lebih baik daripada hukuman, teknologi dan ketelusan serta membina semula kepercayaan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan agensi itu akan terus melaksanakan tugas secara tegas, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh politik atau kepentingan tertentu, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan prinsip bahawa tiada sesiapa mengatasi undang-undang.<\/p>\n<p>Isu \u201cmafia korporat\u201d mula menjadi perhatian umum pada Februari lalu selepas sebuah portal antarabangsa melaporkan dakwaan mengenai kewujudan kumpulan ahli perniagaan yang dikatakan menggunakan pengaruh tertentu untuk mengambil alih syarikat-syarikat tersenarai awam.<\/p>\n<p>Laporan tersebut turut mendakwa wujud penglibatan pegawai penguat kuasa dalam usaha berkenaan, sekali gus mencetuskan persoalan terhadap integriti SPRM ketika itu.<\/p>\n<p>Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh pihak SPRM dan bekas kepimpinannya.<\/p>\n<p>Susulan kontroversi itu, kerajaan pada Mac lalu mengarahkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh, selain menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Peguam Negara.<\/p>\n<p>Mengulas perkembangan siasatan, Azalina berkata dakwaan berhubung \u201cmafia korporat\u201d kini masih berada di bawah bidang kuasa pihak polis.<\/p>\n<p>\u201cUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan berkenaan mafia korporat merupakan suatu perkara yang berada di dalam siasatan PDRM,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan mengemas kini perisytiharan harta masing-masing dalam tempoh sebulan sebagai sebahagian usaha memperkukuh integriti dan ketelusan dalam agensi itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Abdul Halim Aman, yang turut memulakan proses [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1456,333,2868,2128,309,21],"authors":[],"class_list":["post-11914","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azalina-othman-said","tag-harta","tag-integriti","tag-isytihar","tag-parlimen","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11914","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11914"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11914\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11915,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11914\/revisions\/11915"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11914"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11914"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11914"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11914"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}