{"id":11918,"date":"2026-06-23T07:09:16","date_gmt":"2026-06-23T07:09:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11918"},"modified":"2026-06-23T07:14:39","modified_gmt":"2026-06-23T07:14:39","slug":"tun-faisal-gesa-samsuri-lapor-polis-isu-dua-kenyataan-media-berbeza-di-fb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tun-faisal-gesa-samsuri-lapor-polis-isu-dua-kenyataan-media-berbeza-di-fb\/","title":{"rendered":"Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar membuat laporan polis berhubung penularan satu kenyataan media yang didakwa palsu dan mengelirukan orang ramai.<\/p>\n<p>Menurut Tun Faisal, kenyataan media berkenaan mula tular pada malam Isnin dan dipercayai disiarkan menerusi akaun Facebook milik Ahmad Samsuri sebelum ia dipadamkan tidak lama kemudian.<\/p>\n<p>Katanya, kenyataan tersebut mengandungi dakwaan PN tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong serta pemerhati politik.<\/p>\n<p>\u201cTidak berapa lama selepas itu, hantaran mengenai kenyataan media tersebut hilang dan digantikan dengan hantaran baharu yang memaparkan kenyataan Ahmad Samsuri mengenai keputusan Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN.<\/p>\n<p>\u201cKali ini kandungannya berbeza dan tidak lagi mengandungi butiran bahawa PN tidak akan menyertai PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keadaan menjadi lebih mengelirukan apabila laman Facebook rasmi PN kemudiannya mengeluarkan kenyataan dokumen yang tular itu adalah palsu.<\/p>\n<p>\u201cTidak semena-mena selepas itu laman Facebook rasmi PN mengeluarkan hantaran bahawa kenyataan media yang tular sebelum ini adalah FAKE atau PALSU.<\/p>\n<p>\u201cSedangkan sudah ada beberapa orang saksi yang mengatakan mereka memperoleh kenyataan media itu daripada halaman Ahmad Samsuri sendiri. Malah mereka telah menangkap layar hantaran tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Tun Faisal berpandangan laporan polis perlu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada berlaku pencerobohan akaun, penyalahgunaan identiti atau sebarang unsur lain yang menyebabkan kenyataan berkenaan tersebar.<\/p>\n<p>Kontroversi itu muncul ketika spekulasi mengenai persiapan parti-parti politik menghadapi PRN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan semakin hangat diperkatakan.<\/p>\n<p>Setakat ini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh Ahmad Samsuri berhubung dakwaan bahawa kenyataan media tersebut pernah dimuat naik di akaun Facebook miliknya sebelum dipadamkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar membuat laporan polis berhubung penularan satu kenyataan media yang didakwa palsu dan mengelirukan orang ramai. Menurut Tun Faisal, kenyataan media berkenaan mula tular pada malam Isnin dan dipercayai disiarkan menerusi akaun Facebook milik Ahmad Samsuri sebelum ia dipadamkan tidak lama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2857,73,4222,126,541,103,199],"authors":[],"class_list":["post-11918","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-bersatu","tag-kenyataan-media","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-prn","tag-tun-faisal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11918","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11918"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11918\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11919,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11918\/revisions\/11919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11918"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11918"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11918"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11918"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}