{"id":11935,"date":"2026-06-23T09:44:32","date_gmt":"2026-06-23T09:44:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11935"},"modified":"2026-06-23T09:44:32","modified_gmt":"2026-06-23T09:44:32","slug":"bdr-jimat-hampir-rm6-juta-subsidi-petrol","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bdr-jimat-hampir-rm6-juta-subsidi-petrol\/","title":{"rendered":"BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol"},"content":{"rendered":"<p>Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam sejak pertengahan April lalu berjaya menjimatkan RM5.98 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 3.13 juta liter setakat hari ini.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar berkata pencapaian itu menunjukkan langkah pendigitalan dan pengurusan kerja yang lebih fleksibel mampu memberi impak positif kepada kewangan negara, khususnya dalam mengurangkan penggunaan bahan api bersubsidi.<\/p>\n<p>Menurut beliau, data tersebut direkodkan sejak pelaksanaan inisiatif BDR bermula pada 15 April lalu dan ia membantu kerajaan menangani tekanan kewangan akibat ketidaktentuan bekalan global.<\/p>\n<p>\u201cDalam Mesyuarat Kerajaan Digital yang saya pengerusikan pagi ini, saya turut dimaklumkan bahawa sistem pemantauan operasi tugas menerusi aplikasi SPOT-Me telah berfungsi dengan baik sebagai mekanisme kawalan digital bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, aplikasi SPOT-Me digunakan untuk merekodkan kehadiran serta tugasan harian penjawat awam yang melaksanakan BDR, sekali gus membolehkan prestasi dan produktiviti dipantau secara lebih sistematik.<\/p>\n<p>Penjimatan yang dicatatkan setakat ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding laporan pada 26 Mei lalu apabila kerajaan memaklumkan telah menjimatkan RM4.22 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 2.14 juta liter.<\/p>\n<p>Pelaksanaan BDR merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mempercepat transformasi digital sektor awam serta mengoptimumkan perbelanjaan operasi tanpa menjejaskan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Shamsul Azri berkata, Malaysia turut mencatat kemajuan memberangsangkan dalam aspek daya saing teknologi apabila menduduki tangga ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).<\/p>\n<p>\u201cPencapaian ini adalah lonjakan berganda berbanding kedudukan ke-25 pada tahun lalu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan kedaulatan data negara, penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara selamat, integrasi MyDigital ID serta pelaksanaan pentadbiran tanpa kertas yang lebih cekap.<\/p>\n<p>Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan mampu memberikan nilai sebenar kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.<\/p>\n<p>BDR mula diperkenalkan secara lebih meluas dalam sektor awam sebagai sebahagian daripada agenda transformasi digital kerajaan, selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, kos perjalanan dan kebergantungan kepada penggunaan bahan api bersubsidi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam sejak pertengahan April lalu berjaya menjimatkan RM5.98 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 3.13 juta liter setakat hari ini. Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar berkata pencapaian itu menunjukkan langkah pendigitalan dan pengurusan kerja yang lebih fleksibel mampu memberi impak positif kepada kewangan negara, khususnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8744,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[3533,3418,1040,76,555,691,296],"authors":[],"class_list":["post-11935","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","tag-bdr","tag-kerja-dari-rumah","tag-penjawat-awam","tag-petrol","tag-ron95","tag-shamsul-azri-abu-bakar","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11935","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11935"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11935\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11936,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11935\/revisions\/11936"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8744"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11935"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11935"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11935"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11935"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}