{"id":11939,"date":"2026-06-23T13:44:23","date_gmt":"2026-06-23T13:44:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11939"},"modified":"2026-06-23T13:44:23","modified_gmt":"2026-06-23T13:44:23","slug":"maszlee-sedia-berdebat-adakah-onn-hafiz-akan-sahut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/maszlee-sedia-berdebat-adakah-onn-hafiz-akan-sahut\/","title":{"rendered":"Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?"},"content":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, menyatakan kesediaannya untuk menyertai debat terbuka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Langkah Maszlee menerima cabaran debat itu mengundang perhatian terhadap sama ada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, akan menyahut cadangan tersebut.<\/p>\n<p>Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, beliau menerima pelawaan berkenaan atas dasar menghormati amalan demokrasi dan percaya platform debat mampu menjadi medium untuk meningkatkan kematangan politik rakyat.<\/p>\n<p>\u201cDengan segala rasa rendah diri dan hormat, serta berpijak di atas latar dan prinsip demokrasi, saya menerima pelawaan atau cabaran ini.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah kita bersama-sama menjadikan ruang debat atau dialog ini sebagai wahana untuk mendidik rakyat dan menjulang budaya politik matang,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Cadangan penganjuran \u201cDebat Perdana PRN Johor\u201d mula menjadi tular selepas dikemukakan oleh pempengaruh media sosial, Muhamad Harris Nasril, yang turut memuat naik poster memaparkan imej janaan kecerdasan buatan (AI) memperlihatkan pertembungan antara Maszlee dan Onn Hafiz.<\/p>\n<p>Poster tersebut yang turut memaparkan logo PH dan Barisan Nasional (BN) menimbulkan tanggapan seolah-olah ia merupakan acara rasmi yang sedang dirancang.<\/p>\n<p>Maszlee dalam nada berseloroh turut mengucapkan terima kasih kepada Harris kerana menghasilkan poster berkenaan yang menurutnya \u201cmemberikan lebih banyak rambut\u201d kepadanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Harris menjelaskan tiada sebarang cabaran rasmi daripada Onn Hafiz seperti yang disangka sesetengah pihak.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata idea tersebut sekadar cadangan yang dikongsikan di media sosial dengan harapan ada pihak tampil menjadi penganjur.<\/p>\n<p>\u201cTiada penganjur. Saya hanya membangkitkan idea bahawa mereka berdua patut berdebat. Saya sendiri tidak menyangka Maszlee akan menyahutnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Cadangan debat itu muncul ketika suhu politik Johor semakin meningkat menjelang PRN yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan.<\/p>\n<p>Semalam, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim mengumumkan kesemua 56 calon gabungan itu yang terdiri daripada 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai sebelum hari pengundian pada 11 Julai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, menyatakan kesediaannya untuk menyertai debat terbuka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Langkah Maszlee menerima cabaran debat itu mengundang perhatian terhadap sama ada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, akan menyahut cadangan tersebut. Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, beliau menerima [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11940,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[109,804,630,3847,9,103,146],"authors":[],"class_list":["post-11939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-debat","tag-dr-maszlee-malik","tag-johor","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pkr","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11941,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11939\/revisions\/11941"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11940"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11939"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}