{"id":11955,"date":"2026-06-24T01:03:47","date_gmt":"2026-06-24T01:03:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11955"},"modified":"2026-06-24T01:03:47","modified_gmt":"2026-06-24T01:03:47","slug":"pelajar-ipts-warga-asing-ditemui-maut-di-kondo-rakan-senegara-ditahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelajar-ipts-warga-asing-ditemui-maut-di-kondo-rakan-senegara-ditahan\/","title":{"rendered":"Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pelajar wanita warga asing berusia lingkungan 20-an ditemukan maut di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya, hari ini, dalam kejadian yang kini disiasat sebagai kes bunuh.<\/p>\n<p>Susulan kejadian itu, polis menahan seorang penuntut lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan sama dan merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sama bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.03 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.<\/p>\n<p>\u201cHasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang juga penuntut di sebuah IPTS di sini. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian dan boleh membantu siasatan.<\/p>\n<p>Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat yang dijadualkan dijalankan esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.<\/p>\n<p>Polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Surianti Lataera di talian 013-3352547.<\/p>\n<p>Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan bahan berkaitan kejadian di media sosial sehingga boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pelajar wanita warga asing berusia lingkungan 20-an ditemukan maut di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya, hari ini, dalam kejadian yang kini disiasat sebagai kes bunuh. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang penuntut lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan sama dan merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sama bagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9798,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[516,2315,314,1464,94,23],"authors":[],"class_list":["post-11955","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bunuh","tag-ipts","tag-kes","tag-kondo","tag-polis","tag-siasatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11955","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11955"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11955\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11956,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11955\/revisions\/11956"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11955"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11955"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11955"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11955"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}