{"id":11961,"date":"2026-06-24T03:23:29","date_gmt":"2026-06-24T03:23:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11961"},"modified":"2026-06-24T03:23:29","modified_gmt":"2026-06-24T03:23:29","slug":"pengesahan-umur-bertujuan-lindungi-kanak-kanak-daripada-risiko-dalam-talian-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengesahan-umur-bertujuan-lindungi-kanak-kanak-daripada-risiko-dalam-talian-fahmi\/","title":{"rendered":"Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur bagi akaun media sosial bukan bertujuan menyekat kanak-kanak daripada menggunakan internet, sebaliknya untuk melindungi mereka daripada pelbagai risiko dalam talian sehingga mencapai usia yang lebih sesuai.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diperkenalkan menerusi inisiatif \u201cTunggu 16\u201d yang menetapkan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun media sosial.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kanak-kanak merupakan golongan yang lebih terdedah kepada kandungan memudaratkan, eksploitasi dalam talian serta penggunaan platform digital secara berlebihan kerana masih berada dalam fasa perkembangan kognitif, emosi dan sosial.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan pengesahan umur ini bukanlah bertujuan untuk menghalang atau melarang kanak-kanak daripada menggunakan media sosial secara kekal, sebaliknya untuk menangguhkan pemilikan akaun media sosial sehingga mereka mencapai umur 16 tahun dan mempunyai tahap kematangan yang lebih sesuai bagi menggunakan platform tersebut secara selamat dan bertanggungjawab,\u201d katanya di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang meminta penjelasan mengenai tujuan pelaksanaan pengesahan umur serta langkah kerajaan memastikan data peribadi pengguna dikendalikan secara terhad dan dipadam selepas tujuan pengumpulannya dipenuhi.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan, keperluan pengesahan umur itu terkandung dalam Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 22 Mei lalu dan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.<\/p>\n<p>Katanya, penyedia perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur, bukannya pengesahan identiti, bagi memastikan pengguna yang belum mencapai umur minimum tidak dapat membuka atau memiliki akaun media sosial.<\/p>\n<p>Bagi tujuan itu, pengesahan umur perlu dibuat menggunakan dokumen rasmi yang diiktiraf kerajaan seperti MyKad, pasport, sijil kelahiran atau dokumen lain yang setara.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau memberi jaminan perlindungan data peribadi pengguna akan terus menjadi keutamaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, penyedia perkhidmatan berlesen hanya dibenarkan mengumpul maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengesahan umur dan wajib melupuskan data tersebut selepas proses berkenaan selesai.<\/p>\n<p>\u201cPemberi perkhidmatan media sosial dikehendaki memastikan proses pengesahan umur mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi, termasuk prinsip peminimuman data dan pengehadan tujuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi turut menjelaskan kerajaan tidak menetapkan penggunaan teknologi tertentu bagi proses pengesahan umur, asalkan objektif memastikan pengguna bawah umur 16 tahun tidak memiliki akaun media sosial dapat dicapai tanpa menjejaskan keselamatan data dan privasi pengguna.<\/p>\n<p>Sebagai langkah tambahan, penyedia platform juga diwajibkan melaksanakan pendekatan \u201csafety by design\u201d serta perlindungan yang bersesuaian dengan umur pengguna.<\/p>\n<p>Kegagalan mematuhi keperluan yang ditetapkan boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan termasuk penalti kewangan.<\/p>\n<p>Langkah itu selaras dengan trend global apabila beberapa negara termasuk Australia, Brazil dan Indonesia turut memperkenalkan mekanisme pengesahan umur bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur bagi akaun media sosial bukan bertujuan menyekat kanak-kanak daripada menggunakan internet, sebaliknya untuk melindungi mereka daripada pelbagai risiko dalam talian sehingga mencapai usia yang lebih sesuai. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diperkenalkan menerusi inisiatif \u201cTunggu 16\u201d yang menetapkan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2515,49,2101,16,2117,309],"authors":[],"class_list":["post-11961","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-16-tahun","tag-fahmi-fadzil","tag-had-umur","tag-mcmc","tag-menteri-komunikasi","tag-parlimen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11961","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11961"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11961\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11962,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11961\/revisions\/11962"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11961"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11961"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11961"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11961"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}