{"id":11964,"date":"2026-06-24T03:28:58","date_gmt":"2026-06-24T03:28:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11964"},"modified":"2026-06-24T03:28:58","modified_gmt":"2026-06-24T03:28:58","slug":"puad-dakwa-ada-yang-tidak-kena-dalam-senarai-calon-bn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-dakwa-ada-yang-tidak-kena-dalam-senarai-calon-bn-johor\/","title":{"rendered":"Puad dakwa ada yang \u2018tidak kena\u2019 dalam senarai calon BN Johor"},"content":{"rendered":"<p>Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan akan membuat satu pengumuman penting pada 27 Jun ini selepas mendakwa terdapat beberapa perkara yang \u201ctidak kena\u201d dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.<\/p>\n<p>Beliau meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan terkini dalam UMNO Johor selepas meneliti senarai calon yang dijangka diumumkan oleh kepimpinan BN pada hari sama.<\/p>\n<p>\u201cHari ini BN Johor akan umum senarai calon yang akan bertanding di PRN Johor 2026. Melihat senarai calon tersebut ada yang tidak kena kepada UMNO Johor.<\/p>\n<p>\u201cJusteru saya akan membuat pengumuman penting pada 27 Jun 2026. Perkembangan terkini UMNO Johor merisaukan. Saya tidak akan menoleh belakang walaupun saya hanya insan kerdil,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Kenyataan itu segera mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati politik mengenai bentuk pengumuman yang bakal dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, terutama ketika parti sedang membuat persiapan menghadapi PRN Johor.<\/p>\n<p>Enam hari lalu, Mohd Puad mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit yang disandangnya sejak PRN Johor 2022.<\/p>\n<p>Ketika itu, beliau menjelaskan keputusan berkenaan dibuat atas faktor usia selain memberi laluan kepada pemimpin muda yang dianggap lebih terlatih dan berpendidikan untuk meneruskan perjuangan parti.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau memberi isyarat hasratnya untuk melihat lebih ramai muka baharu diketengahkan tidak mendapat perhatian sewajarnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya menegaskan, orang muda terlatih dan berpendidikan semestinya diberi peluang. Tetapi tidak diindahkan. Saya melakukan \u2018keberanian politik\u2019 untuk meneruskan perjuangan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>PRN Johor kali ini dianggap antara pilihan raya negeri paling penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), dengan tumpuan diberikan kepada strategi BN mempertahankan penguasaan di negeri itu.<\/p>\n<p>Johor merupakan kubu tradisi UMNO dan BN, namun landskap politik yang semakin kompetitif menyaksikan parti-parti lain turut berusaha memperkukuh kedudukan masing-masing.<\/p>\n<p>BN dijadual mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada PRN Johor 2026 di Pejabat UMNO Johor pada jam 2.30 petang Rabu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan akan membuat satu pengumuman penting pada 27 Jun ini selepas mendakwa terdapat beberapa perkara yang \u201ctidak kena\u201d dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026. Beliau meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan terkini dalam UMNO Johor selepas meneliti senarai calon yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,630,4108,103,4068,146],"authors":[],"class_list":["post-11964","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-johor","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-prn","tag-senarai-calon","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11964","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11964"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11964\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11965,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11964\/revisions\/11965"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11964"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11964"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11964"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11964"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}