{"id":11971,"date":"2026-06-24T03:46:38","date_gmt":"2026-06-24T03:46:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11971"},"modified":"2026-06-24T03:46:38","modified_gmt":"2026-06-24T03:46:38","slug":"bukankah-felda-diurus-pengerusi-dan-menteri-umno-dapsy-persoal-dakwaan-mb-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bukankah-felda-diurus-pengerusi-dan-menteri-umno-dapsy-persoal-dakwaan-mb-johor\/","title":{"rendered":"Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor"},"content":{"rendered":"<p>Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong mempersoalkan punca sebenar yang menyebabkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi didakwa dihalang memasuki kawasan FELDA sehingga membawa kepada pembatalan Program Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu, keadaan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan kementerian yang menguruskan FELDA serta kepimpinan tertinggi agensi berkenaan diterajui oleh pemimpin daripada parti yang sama.<\/p>\n<p>\u201cPelik betul apabila terbaca berita ini. Menteri yang uruskan FELDA tidak ingin duduk semeja ke ataupun Pengerusi FELDA tidak ingin duduk semeja?<\/p>\n<p>\u201cSiapakah Menteri yang uruskan FELDA dan Pengerusi FELDA? Daripada parti sendiri kan?\u201d katanya menerusi satu hantaran di media sosial.<\/p>\n<p>Kah Leong turut menyindir situasi berkenaan dengan menyifatkan ia menggambarkan wujudnya konflik dalaman yang sukar difahami oleh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBila dah tak ada pencapaian untuk dibangga-banggakan, serang DAP. Lepas tak tahu nak serang apa, serang sembarangan pula. Sampai serang parti sendiri.<\/p>\n<p>\u201cMemang betul cakap \u2018poster boy bukan jaminan jadi MB\u2019,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Onn Hafiz mendedahkan dihalang daripada menghadiri dan menyempurnakan satu program bersama komuniti FELDA di Johor, yang menurutnya merupakan kejadian pertama melibatkan seorang Menteri Besar di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata insiden tersebut menyebabkan Program Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 terpaksa dibatalkan, sekali gus mengecewakan ramai peneroka dan penduduk yang telah membuat persiapan untuk menghadiri acara berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan terdapat arahan daripada pihak pengurusan FELDA atau kerajaan yang menghalang Menteri Besar Johor memasuki kawasan tanah rancangan itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak pernah mengarahkan atau menghalang Menteri Besar Johor untuk masuk ke dalam kawasan FELDA,\u201d katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan sebarang tindakan seperti yang didakwa berlaku tidak pernah mendapat arahan daripadanya.<\/p>\n<p>Isu berkenaan menjadi perhatian ramai kerana FELDA mempunyai hubungan rapat dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar, khususnya di Johor yang mempunyai sejumlah besar kawasan tanah rancangan.<\/p>\n<p>Sejak penubuhannya pada 1956, FELDA memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup peneroka melalui pembangunan sektor perladangan dan penempatan terancang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong mempersoalkan punca sebenar yang menyebabkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi didakwa dihalang memasuki kawasan FELDA sehingga membawa kepada pembatalan Program Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 baru-baru ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu, keadaan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan kementerian yang menguruskan FELDA [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6217,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,1181,792,630,408,3847,103,1253],"authors":[],"class_list":["post-11971","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-dapsy","tag-felda","tag-johor","tag-menteri-besar","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn","tag-woo-kah-leong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11971","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11971"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11971\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11972,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11971\/revisions\/11972"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6217"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11971"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11971"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11971"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11971"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}