{"id":11977,"date":"2026-06-24T04:02:13","date_gmt":"2026-06-24T04:02:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11977"},"modified":"2026-06-24T04:02:13","modified_gmt":"2026-06-24T04:02:13","slug":"tun-faisal-dakwa-hamzah-punca-keretakan-pn-pas-campur-urusan-dalaman-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tun-faisal-dakwa-hamzah-punca-keretakan-pn-pas-campur-urusan-dalaman-bersatu\/","title":{"rendered":"Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Hamzah Zainudin menjadi punca utama perpecahan yang sedang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN), selain mengkritik pendekatan PAS yang disifatkannya gagal memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang itu.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, kemelut yang melanda PN ketika ini berpunca daripada usaha membawa masuk Hamzah dan parti baharunya ke dalam gabungan tersebut sehingga mencetuskan pelbagai pertikaian antara parti komponen.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya, bukan PN semakin kuat tetapi semakin berpecah-belah. Saya pernah menyebut bahawa tindakan membawa masuk Hamzah dan partinya hanya akan menyebabkan ketidakharmonian dalam PN,\u201d katanya menerusi satu hantaran di media sosial.<\/p>\n<p>Tun Faisal mendakwa perselisihan dalam PN bermula ketika cadangan kemasukan Hamzah dibincangkan, kemudian berlanjutan dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya dan berpotensi berlarutan kepada perebutan jawatan selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>Beliau turut menuduh PAS gagal memainkan peranan sebagai pendamai walaupun sering membawa naratif penyatuan ummah dan Melayu-Islam.<\/p>\n<p>\u201cRetoriknya adalah penyatuan, tetapi hasil yang dilihat ialah perpecahan. Jika benar matlamatnya untuk menyatukan orang Melayu-Islam, pendekatan yang digunakan sekarang jelas tidak membantu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Tun Faisal turut mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa campur tangan dalam urusan dalaman Bersatu, termasuk memberikan sokongan kepada Hamzah ketika parti itu berdepan krisis kepimpinan.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa tindakan tersebut bertentangan dengan semangat permuafakatan dalam PN dan hanya menambahkan ketegangan antara parti-parti pembangkang.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau turut mengkritik PAS kerana didakwa masih meneruskan usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional serta mengadakan rundingan dengan UMNO tanpa melibatkan PN secara menyeluruh.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan sedemikian menimbulkan persoalan mengenai komitmen PAS terhadap gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka yang dijangka berlangsung pada masa terdekat.<\/p>\n<p>Tun Faisal turut mendakwa persiapan menghadapi pilihan raya negeri dilihat bergerak perlahan apabila beberapa mesyuarat penting berkaitan rundingan kerusi dan strategi pilihan raya belum disegerakan.<\/p>\n<p>Beliau berpandangan sekiranya PAS benar-benar mahu memperkukuhkan perpaduan Melayu-Islam, kerjasama yang lebih tersusun antara parti komponen PN perlu diperkukuhkan buat dengan menyerang sesama sendiri.<\/p>\n<p>\u201cPenyatuan tidak boleh dicapai melalui campur tangan, tekanan dan percaturan yang melemahkan rakan sendiri. Ia hanya boleh dicapai melalui kejujuran, keadilan dan saling menghormati,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Hamzah Zainudin menjadi punca utama perpecahan yang sedang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN), selain mengkritik pendekatan PAS yang disifatkannya gagal memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang itu. Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, kemelut yang melanda PN ketika ini berpunca daripada usaha membawa masuk Hamzah dan parti baharunya ke dalam gabungan tersebut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1035,126,541,381,2999],"authors":[],"class_list":["post-11977","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-perpecahan","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11977","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11977"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11977\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11978,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11977\/revisions\/11978"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11977"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}