{"id":11987,"date":"2026-06-24T08:22:03","date_gmt":"2026-06-24T08:22:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=11987"},"modified":"2026-06-24T08:22:03","modified_gmt":"2026-06-24T08:22:03","slug":"bersatu-nafi-bantah-kemasukan-pejuang-ke-pn-bantah-kemasukan-pcm-hilman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-nafi-bantah-kemasukan-pejuang-ke-pn-bantah-kemasukan-pcm-hilman\/","title":{"rendered":"Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu menegaskan tidak pernah membantah kemasukan Parti Pejuang ke dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya menolak penyertaan Parti Cinta Malaysia (PCM) atas faktor berkaitan pematuhan undang-undang dan kestabilan gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham berkata laporan sebuah akhbar bertarikh 24 Jun yang mendakwa lapan ahli Majlis Tertinggi PN membantah penyertaan PCM dan Pejuang adalah tidak tepat serta mengelirukan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan menerima Pejuang sebagai parti anggota PN sebenarnya dibuat secara sebulat suara dan mendapat sokongan penuh daripada Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cBersatu dengan tegas menafikan dakwaan bahawa parti ini membantah kemasukan Pejuang ke dalam PN. Hakikatnya, keputusan menerima Pejuang sebagai parti anggota diputuskan secara sebulat suara,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, bantahan yang dibangkitkan oleh Bersatu hanya melibatkan permohonan PCM kerana terdapat persoalan berkaitan kesahihan proses permohonan yang dikemukakan.<\/p>\n<p>Menurutnya, permohonan tersebut dibuat atas nama PCM, namun maklumat kepimpinan yang disertakan adalah atas nama Parti Wawasan Negara, sedangkan pertukaran nama parti dan perubahan kepimpinan berkenaan masih belum mendapat kelulusan rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan sedemikian, penerimaan permohonan tersebut boleh menimbulkan pertikaian dari segi kesahihan organisasi yang memohon dan berpotensi mewujudkan konflik dalaman yang tidak perlu pada masa hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hilman turut menggesa laporan berkenaan diperbetulkan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat serta memastikan integriti pemberitaan terus terpelihara.<\/p>\n<p>Beliau berkata, setiap keputusan yang melibatkan hala tuju dan komposisi PN perlu dibuat secara telus, teratur serta berlandaskan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cTiada mana-mana pihak, tanpa mengira kedudukan, boleh mengabaikan proses yang sepatutnya atau mengharapkan pengecualian daripada peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu menegaskan tidak pernah membantah kemasukan Parti Pejuang ke dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya menolak penyertaan Parti Cinta Malaysia (PCM) atas faktor berkaitan pematuhan undang-undang dan kestabilan gabungan tersebut. Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham berkata laporan sebuah akhbar bertarikh 24 Jun yang mendakwa lapan ahli Majlis Tertinggi PN membantah penyertaan PCM dan Pejuang adalah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1930,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[105,73,1095,4215,538,541],"authors":[],"class_list":["post-11987","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-armada","tag-bersatu","tag-muhammad-hilman-idham","tag-pcm","tag-pejuang","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11987","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=11987"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11987\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11988,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/11987\/revisions\/11988"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1930"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=11987"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=11987"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=11987"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=11987"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}