{"id":12000,"date":"2026-06-24T09:12:51","date_gmt":"2026-06-24T09:12:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12000"},"modified":"2026-06-24T09:12:51","modified_gmt":"2026-06-24T09:12:51","slug":"ops-lusuh-tumpaskan-sindiket-simpan-peralatan-telekomunikasi-curi-di-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ops-lusuh-tumpaskan-sindiket-simpan-peralatan-telekomunikasi-curi-di-sarawak\/","title":{"rendered":"Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak"},"content":{"rendered":"<p>Kegiatan menyimpan peralatan telekomunikasi yang dipercayai dicuri berjaya dibongkar menerusi Operasi Bersepadu Op Lusuh yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak di sekitar Kuching, Padawan dan Kota Samarahan, minggu lalu.<\/p>\n<p>Operasi yang dijalankan pada 18 dan 19 Jun itu membawa kepada serbuan sebuah premis di Kota Samarahan yang dipercayai dijadikan gudang penyimpanan peralatan telekomunikasi yang diperoleh secara tidak sah.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan pelbagai aset telekomunikasi termasuk bateri stesen pemancar dan Remote Radio Unit (RRU) yang dipercayai milik syarikat telekomunikasi.<\/p>\n<p>\u201cPelbagai peralatan telekomunikasi yang dipercayai milik syarikat telekomunikasi serta disyaki diperoleh secara tidak sah telah ditemukan dan disita sebagai bahan bukti,\u201d menurut kenyataan MCMC hari ini.<\/p>\n<p>Dalam operasi sama, dua individu turut ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan lanjut berhubung kegiatan tersebut.<\/p>\n<p>MCMC berkata, kecurian dan vandalisme terhadap aset telekomunikasi bukan sahaja merupakan kesalahan jenayah, malah boleh menjejaskan kesinambungan perkhidmatan komunikasi yang digunakan orang ramai serta sektor penting yang bergantung kepada rangkaian telekomunikasi.<\/p>\n<p>Gangguan terhadap infrastruktur telekomunikasi boleh menyebabkan perkhidmatan komunikasi dan internet terputus, sekali gus memberi kesan kepada urusan harian pengguna, perniagaan serta perkhidmatan kecemasan.<\/p>\n<p>Menurut suruhanjaya itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>\u201cOperasi ini mencerminkan kerjasama erat antara MCMC, PDRM Kontinjen Sarawak, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi penguatkuasaan berkaitan dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan infrastruktur telekomunikasi negara,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>MCMC turut menegaskan kerjasama strategik antara agensi akan terus diperkukuhkan bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal selamat, stabil dan berdaya tahan.<\/p>\n<p>Orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan yang melibatkan aset telekomunikasi bagi membantu membendung kegiatan jenayah berkenaan daripada terus berleluasa.<\/p>\n<p>Kebelakangan ini, kes kecurian bateri stesen pemancar, kabel dan peralatan telekomunikasi menjadi antara cabaran utama industri telekomunikasi kerana menyebabkan gangguan perkhidmatan serta kerugian besar kepada syarikat penyedia rangkaian di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kegiatan menyimpan peralatan telekomunikasi yang dipercayai dicuri berjaya dibongkar menerusi Operasi Bersepadu Op Lusuh yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak di sekitar Kuching, Padawan dan Kota Samarahan, minggu lalu. Operasi yang dijalankan pada 18 dan 19 Jun itu membawa kepada serbuan sebuah premis di Kota Samarahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12001,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4238,16,4237,158,463],"authors":[],"class_list":["post-12000","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-curi","tag-mcmc","tag-ops-lusuh","tag-sarawak","tag-telekomunikasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12000","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12000"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12000\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12002,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12000\/revisions\/12002"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12000"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}