{"id":12010,"date":"2026-06-24T10:51:17","date_gmt":"2026-06-24T10:51:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12010"},"modified":"2026-06-24T10:51:17","modified_gmt":"2026-06-24T10:51:17","slug":"puad-diminta-bertenang-mat-maslan-minta-fokus-bantu-hadapi-prn-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-diminta-bertenang-mat-maslan-minta-fokus-bantu-hadapi-prn-johor\/","title":{"rendered":"Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ahmad Maslan menggesa rakan sejawatnya, Mohd Puad Zarkashi supaya bersabar dan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu kempen Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Menurut Ahmad atau dikenali Mat Maslan berkata, menghormati Puad sebagai rakan seperjuangan lama dalam UMNO dan percaya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mampu membuat keputusan terbaik demi kepentingan parti dan perjuangan.<\/p>\n<p>\u201cMohd Puad Zarkashi adalah kenalan lama saya. Saya sangat hormat kepada beliau sebagai rakan seperjuangan. Dalam Mesyuarat MKT beliau selalu bercakap, saya juga begitu, suka memberi pandangan.<\/p>\n<p>\u201cMengenai pandangan terkini beliau mengenai calon PRN Johor, saya harap beliau bersabar. Ini satu cabaran dalam perjuangan. Politik ini adalah larian maraton yang panjang, bukan larian 100 meter,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Ahmad turut berkongsi pengalaman politiknya sendiri yang mengambil masa lebih dua dekad sebelum diberi peluang menjadi calon pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cSelama 22 tahun setia dan gigih berjuang, baru saya menjadi calon. Saya memahami mengenai larian maraton politik.<\/p>\n<p>\u201cDr Puad sahabatku. Saya yakin saudara akan membuat keputusan yang terbaik demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Ayuh kita membantu berkempen membantu calon-calon BN di PRN Johor ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan Ahmad dibuat susulan spekulasi mengenai rasa tidak puas hati Puad terhadap pemilihan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.<\/p>\n<p>Terdahulu, Puad memaklumkan akan membuat \u201cpengumuman penting\u201d pada 27 Jun ini, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian berhubung kedudukannya dalam PRN Johor.<\/p>\n<p>Menurut sumber, kepimpinan UMNO Johor sebelum ini memaklumkan Puad dijangka dikekalkan sebagai Speaker DUN Johor sekiranya BN terus membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau dikatakan kurang senang apabila cadangan calon yang dikemukakannya untuk menggantikan beliau di Rengit tidak dipersetujui kepimpinan negeri.<\/p>\n<p>Sumber turut mendakwa UMNO Johor mempunyai pertimbangan tersendiri kerana terdapat calon lain yang lebih kanan dalam hierarki parti dan dilihat lebih sesuai untuk mewakili BN di kerusi berkenaan.<\/p>\n<p>Spekulasi tersebut semakin hangat apabila Puad sebelum ini menyatakan terdapat sesuatu yang \u201ctidak kena\u201d dalam senarai calon BN bagi PRN Johor 2026.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Puad mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit atas faktor usia dan menegaskan sudah tiba masanya golongan muda yang terlatih serta berpendidikan diberi peluang mengambil alih peranan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ahmad Maslan menggesa rakan sejawatnya, Mohd Puad Zarkashi supaya bersabar dan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu kempen Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut Ahmad atau dikenali Mat Maslan berkata, menghormati Puad sebagai rakan seperjuangan lama dalam UMNO dan percaya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1128,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,354,136,630,185,4108,103,146],"authors":[],"class_list":["post-12010","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-ahmad-maslan","tag-calon","tag-johor","tag-kempen","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12010"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12011,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12010\/revisions\/12011"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12010"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}