{"id":12029,"date":"2026-06-25T02:03:55","date_gmt":"2026-06-25T02:03:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12029"},"modified":"2026-06-25T02:03:55","modified_gmt":"2026-06-25T02:03:55","slug":"hampir-14-juta-rakyat-nikmati-subsidi-budi-madani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hampir-14-juta-rakyat-nikmati-subsidi-budi-madani\/","title":{"rendered":"Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI"},"content":{"rendered":"<p>Program penyasaran subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI telah menyalurkan subsidi berjumlah RM11.2 bilion kepada hampir 14 juta rakyat Malaysia sehingga 31 Mei lalu.<\/p>\n<p>Jumlah tersebut mencerminkan komitmen kerajaan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.<\/p>\n<p>Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, sepanjang tempoh itu penggunaan keseluruhan bahan api di bawah program berkenaan mencecah 11.1 bilion liter dengan nilai jualan sekitar RM22.1 bilion, manakala RM11.2 bilion daripadanya ditanggung kerajaan sebagai subsidi.<\/p>\n<p>Menurut kementerian, perbelanjaan subsidi BUDI MADANI meningkat secara purata tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun 2025 susulan kesan krisis yang berlaku di Asia Barat terhadap pasaran tenaga global.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan program BUDI MADANI dan melaksanakan penambahbaikan yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil, berkesan dan bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan,&#8221; menurut MOF menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.<\/p>\n<p>MOF turut menjelaskan orang ramai tidak perlu mengemukakan permohonan untuk menikmati subsidi di bawah BUDI MADANI kerana syarat kelayakan telah ditetapkan dengan jelas.<\/p>\n<p>Antaranya, penerima mestilah warganegara Malaysia yang memiliki MyKad, lesen memandu yang sah dan berada dalam kategori kenderaan yang layak.<\/p>\n<p>Bagi memastikan tiada golongan layak tercicir, kerajaan turut menyediakan portal semakan kelayakan dan transaksi, pusat khidmat pelanggan BUDI MADANI serta melaksanakan hebahan berterusan melalui pelbagai saluran media.<\/p>\n<p>Selain itu, kementerian memaklumkan pelaksanaan program berkenaan akan terus ditambah baik berdasarkan data penggunaan serta maklum balas yang diterima daripada orang ramai.<\/p>\n<p>Program BUDI MADANI diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan menstruktur semula pemberian subsidi bahan api supaya lebih bersasar.<\/p>\n<p>Pendekatan itu bertujuan memastikan peruntukan subsidi dinikmati oleh rakyat yang benar-benar memerlukan, di samping mengurangkan ketirisan dan memperkukuh kedudukan fiskal negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Program penyasaran subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI telah menyalurkan subsidi berjumlah RM11.2 bilion kepada hampir 14 juta rakyat Malaysia sehingga 31 Mei lalu. Jumlah tersebut mencerminkan komitmen kerajaan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak. Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, sepanjang tempoh itu penggunaan keseluruhan bahan api di bawah program berkenaan mencecah 11.1 bilion [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1782,287,285,74,482,309,76,296],"authors":[],"class_list":["post-12029","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-budi","tag-kewangan","tag-madani","tag-minyak","tag-mof","tag-parlimen","tag-petrol","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12029","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12029"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12029\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12030,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12029\/revisions\/12030"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12029"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12029"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12029"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12029"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}