{"id":12042,"date":"2026-06-25T06:03:48","date_gmt":"2026-06-25T06:03:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12042"},"modified":"2026-06-25T06:03:48","modified_gmt":"2026-06-25T06:03:48","slug":"dakwa-universiti-awam-jual-tempat-adun-jitra-dihadapkan-ke-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dakwa-universiti-awam-jual-tempat-adun-jitra-dihadapkan-ke-mahkamah\/","title":{"rendered":"Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan awam susulan kenyataannya yang mendakwa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjual tempat kepada golongan tertentu melalui \u201cpintu belakang\u201d.<\/p>\n<p>Haim Hilman, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, beliau didakwa dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam sehingga boleh mendorong seseorang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam menerusi kenyataan yang dibuat dalam satu ceramah di Markas PAS Seremban antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam pada 13 Jun lalu.<\/p>\n<p>Antara kenyataan yang dipetik dalam pertuduhan ialah dakwaan bahawa universiti awam menjual tempat kepada anak-anak daripada keluarga berada, selain mendakwa wujud \u201cpintu belakang\u201d bagi kemasukan ke IPTA walaupun calon tidak layak berdasarkan merit.<\/p>\n<p>Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Harun mencadangkan jaminan RM10,000 berserta syarat menyerahkan pasport kepada mahkamah.<\/p>\n<p>Namun, peguam bela Mohd Fauzi Che Abu memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 serta membantah syarat penyerahan pasport.<\/p>\n<p>\u201cKami bantah kerana sifat pertuduhan ini tidak serius sehingga memerlukan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah. Anak guam kami juga hadir secara sukarela untuk membersihkan namanya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian membenarkan Haim Hilman diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan dan menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Haim Hilman mendakwa kira-kira 30,000 pelajar yang layak memasuki IPTA dinafikan hak mereka akibat amalan tidak telus dan kewujudan unsur \u201cpintu belakang\u201d.<\/p>\n<p>Susulan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan menyifatkan tuduhan IPTA menjual tempat kepada individu tertentu sebagai tuduhan berat yang boleh menjejaskan reputasi serta kredibiliti keseluruhan sistem pendidikan tinggi negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan awam susulan kenyataannya yang mendakwa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjual tempat kepada golongan tertentu melalui \u201cpintu belakang\u201d. Haim Hilman, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,291,4167,1713,4168,125,58,498],"authors":[],"class_list":["post-12042","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-fitnah","tag-haim-hilman-abdullah","tag-ipta","tag-jitra","tag-kedah","tag-mahkamah","tag-universiti"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12042","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12042"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12042\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12043,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12042\/revisions\/12043"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12042"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}