{"id":12060,"date":"2026-06-25T07:50:38","date_gmt":"2026-06-25T07:50:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12060"},"modified":"2026-06-25T07:50:38","modified_gmt":"2026-06-25T07:50:38","slug":"malaysia-terus-kukuh-antara-negara-paling-aman-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-terus-kukuh-antara-negara-paling-aman-dunia\/","title":{"rendered":"Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia terus mencatat kemajuan dalam aspek keselamatan dan keamanan apabila menduduki tangga ke-12 daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, sekali gus naik satu anak tangga berbanding kedudukan ke-13 tahun lalu.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pencapaian itu meletakkan Malaysia sebaris dengan negara paling aman di Asia seperti Singapura dan Jepun, sekali gus membuktikan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kestabilan negara berada pada tahap terbaik.<\/p>\n<p>Menurutnya, pengiktirafan tersebut bukan sekadar mencerminkan keberkesanan dasar kerajaan, malah hasil komitmen berterusan pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta seluruh rakyat dalam memelihara keamanan negara.<\/p>\n<p>&#8220;Pengiktirafan ini adalah hasil komitmen seluruh pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta semua pihak yang tidak pernah berkompromi dalam memelihara keamanan dan ketenteraman negara,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memperkukuh usaha meningkatkan keselamatan awam melalui penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan, kawalan sempadan yang lebih ketat, pembanterasan jenayah serta memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.<\/p>\n<p>Saifuddin menegaskan keamanan bukan sekadar satu pencapaian yang membanggakan, sebaliknya menjadi asas penting kepada kesejahteraan rakyat, keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n<p>&#8220;Usaha mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, selamat dan stabil akan terus diperkasakan demi manfaat seluruh rakyat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan dan rakyat Malaysia yang memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan yang dinikmati negara ketika ini.<\/p>\n<p>Laporan GPI 2026 turut menunjukkan Singapura berada di kedudukan kelapan dunia, diikuti Jepun di tangga ke-10, manakala Malaysia di tempat ke-12, menjadikan ketiga-tiga negara itu antara yang paling aman di rantau Asia.<\/p>\n<p>Indeks Keamanan Global diterbitkan setiap tahun oleh Institute for Economics and Peace (IEP) dengan menilai tahap keamanan sesebuah negara berdasarkan beberapa indikator utama termasuk keselamatan masyarakat, konflik domestik dan antarabangsa serta tahap ketenteraan.<\/p>\n<p>Kedudukan Malaysia yang terus meningkat mencerminkan kestabilan keselamatan negara yang menjadi antara faktor penting dalam menarik pelaburan dan merangsang pertumbuhan ekonomi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia terus mencatat kemajuan dalam aspek keselamatan dan keamanan apabila menduduki tangga ke-12 daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, sekali gus naik satu anak tangga berbanding kedudukan ke-13 tahun lalu. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pencapaian itu meletakkan Malaysia sebaris dengan negara paling aman di Asia seperti Singapura dan Jepun, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12061,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4246,3484,22,977,20],"authors":[],"class_list":["post-12060","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-gpi","tag-indeks-keamanan-global","tag-kdn","tag-kedudukan","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12060","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12060"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12060\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12062,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12060\/revisions\/12062"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12061"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12060"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12060"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12060"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12060"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}