{"id":12065,"date":"2026-06-25T10:53:58","date_gmt":"2026-06-25T10:53:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12065"},"modified":"2026-06-25T10:53:58","modified_gmt":"2026-06-25T10:53:58","slug":"153-laporan-polis-dibuat-terhadap-puad-siasatan-dijalankan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/153-laporan-polis-dibuat-terhadap-puad-siasatan-dijalankan\/","title":{"rendered":"153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan"},"content":{"rendered":"<p>Polis mengesahkan menerima 153 laporan di seluruh negara setakat jam 3 petang hari ini susulan kenyataan Mohd Puad Zarkashi yang didakwa mengaitkan campur tangan pihak Istana dalam pembubaran Dewan Negeri Johor.<\/p>\n<p>Ketua Polis Johor, CP Ab Rahaman Arsad berkata, laporan berkenaan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.<\/p>\n<p>&#8220;Setakat jam 3 petang, sebanyak 153 laporan polis telah diterima di seluruh Malaysia dan pihak polis menjangkakan jumlah laporan ini akan terus meningkat,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>Menurutnya, Seksyen 4(1) Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.<\/p>\n<p>Bagi Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pula, individu yang didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>Sementara itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan atas kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar.<\/p>\n<p>Ab Rahaman turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan atau mencetuskan kegelisahan awam.<\/p>\n<p>&#8220;Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan yang melanggar undang-undang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Mohd Puad didakwa mengeluarkan kenyataan yang mendakwa wujud campur tangan pihak Istana dalam keputusan membubarkan Dewan Negeri Johor.<\/p>\n<p>Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi termasuk siri laporan polis yang dibuat di beberapa negeri.<\/p>\n<p>Terdahulu, Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis mengesahkan menerima 153 laporan di seluruh negara setakat jam 3 petang hari ini susulan kenyataan Mohd Puad Zarkashi yang didakwa mengaitkan campur tangan pihak Istana dalam pembubaran Dewan Negeri Johor. Ketua Polis Johor, CP Ab Rahaman Arsad berkata, laporan berkenaan dibuat oleh pelbagai pihak termasuk bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan Setiausaha [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1059,630,1139,561,4108,94,103,146],"authors":[],"class_list":["post-12065","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-istana","tag-johor","tag-keluar","tag-laporan","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-polis","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12065","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12065"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12065\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12066,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12065\/revisions\/12066"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12065"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12065"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12065"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12065"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}