{"id":12106,"date":"2026-06-26T09:01:51","date_gmt":"2026-06-26T09:01:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12106"},"modified":"2026-06-26T09:01:51","modified_gmt":"2026-06-26T09:01:51","slug":"anwar-nafi-ada-arahan-halang-masuk-kawasan-felda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-nafi-ada-arahan-halang-masuk-kawasan-felda\/","title":{"rendered":"Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menafikan dakwaan wujud arahan menghalang mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, daripada memasuki kawasan FELDA bagi menjalankan program atau aktiviti bersama masyarakat.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.<\/p>\n<p>&#8220;Arahan tak ada. Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan. Negeri, dia buat kerja negerilah. Apa nak riuh-riuh ni buat apa,&#8221; katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas dakwaan kononnya terdapat pihak tertentu dihalang memasuki kawasan FELDA, termasuk isu yang dibangkitkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, beliau tidak memberi perhatian kepada dakwaan berkenaan kerana kerajaan kini lebih menumpukan usaha melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tak jelas, tak layan sangat dengan komen-komen ini. Kita banyak kerja kita. Ada siapa yang dihalang? Tapi kalau saudara umpamanya ada rencana, jalan sajalah dengan baik. Ada masalah?&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuradukkan urusan kerajaan dengan kempen pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Tapi janganlah dalam keadaan ini, tengah dalam kempen, kamu nak minta kerajaan Persekutuan bantu. Tak bolehlah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Isu berkenaan tercetus selepas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mendakwa diarahkan supaya tidak memasuki kawasan FELDA dan tidak dibenarkan menghadiri beberapa program di tanah rancangan berkenaan.<\/p>\n<p>Onn Hafiz berkata, kehadirannya ke kawasan FELDA adalah atas kapasiti sebagai Menteri Besar bagi bertemu penduduk serta menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi peneroka.<\/p>\n<p>Susulan itu, Akmal menggesa Perdana Menteri menjelaskan pihak yang didakwa menghalang Menteri Besar Johor daripada memasuki kawasan FELDA.<\/p>\n<p>Beliau turut meminta pihak pengurusan FELDA memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan pernah mengeluarkan sebarang arahan atau larangan yang menghalang mana-mana pihak memasuki kawasan FELDA.<\/p>\n<p>Polemik itu timbul ketika suasana politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin hangat, dengan pelbagai pihak giat turun padang mendekati pengundi termasuk di kawasan-kawasan FELDA yang dianggap antara kubu penting dalam landskap politik negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menafikan dakwaan wujud arahan menghalang mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, daripada memasuki kawasan FELDA bagi menjalankan program atau aktiviti bersama masyarakat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas. &#8220;Arahan tak ada. Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan. Negeri, dia buat kerja negerilah. Apa nak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10506,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,792,630,3847,18,103,146],"authors":[],"class_list":["post-12106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-felda","tag-johor","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pmx","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12107,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12106\/revisions\/12107"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12106"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}