{"id":12115,"date":"2026-06-27T04:08:48","date_gmt":"2026-06-27T04:08:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12115"},"modified":"2026-06-27T04:08:48","modified_gmt":"2026-06-27T04:08:48","slug":"bersatu-berkempen-dengan-kekuatan-sendiri-tak-apa-pas-tak-mahu-bantu-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-berkempen-dengan-kekuatan-sendiri-tak-apa-pas-tak-mahu-bantu-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin berkata partinya menerima dengan hati terbuka keputusan PAS untuk tidak menggerakkan jenteranya membantu calon Bersatu sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Menurut Presiden Bersatu itu, walaupun semangat dalam Perikatan Nasional (PN) sepatutnya berteraskan kerjasama dan saling membantu, Bersatu tetap menghormati pendirian PAS dan akan meneruskan kempen menggunakan kekuatan sendiri.<\/p>\n<p>\u201cTak apalah, saya pun tak diminta siapa nak bantu. Siapa nak bantu, bantu. Walaupun dalam soal prinsip Perikatan Nasional patut ada isunya saling membantu.<\/p>\n<p>\u201cTapi kalau rakan-rakan tak nak bantu, kita terimalah. Setakat ini pun kita bekerja keras atas kekuatan yang kita ada serta dasar dan amalan yang telah kita lakukan selama ini. Saya yakin pengundi akan tahu bagaimana mereka nak membuat keputusan,\u201d katanya kepada pemberita selepas mengiringi calon PN bagi DUN Bukit Kepong, Sahruddin Jamal, mengemukakan borang pencalonan di Kompleks Sukan Pagoh hari ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan Bersatu tidak akan menutup pintu kepada PAS sekiranya parti itu memerlukan bantuan sepanjang kempen.<\/p>\n<p>\u201cKalau mereka mahukan sokongan kita, kita akan bantu. Amalan kita, sikap kita terbuka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan jentera parti itu tidak akan digerakkan bagi membantu kempen calon Bersatu, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada 11 kerusi yang ditandingi PAS pada PRN Johor.<\/p>\n<p>Menurut Abdul Hadi, kedua-dua parti akan menggunakan jentera dan strategi kempen masing-masing walaupun bertanding di bawah logo PN. Beliau turut menegaskan kemelut antara PAS dan Bersatu telah selesai serta keputusan untuk membatalkan kerjasama pilihan raya kekal berkuat kuasa.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Muhyiddin menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) mendakwa PN tidak serius membentuk kerajaan negeri kerana hanya bertanding di 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi sudah melepasi ambang majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri, malah tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan pihak lain selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cSoal jumlah itu satu hal. Dah lebih mencecah separuh daripada yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Ada juga rakan-rakan lain yang sanggup untuk kita membuat electoral pact. Jadi kalau ambil kiraan itu, lebih daripada separuh. Jadi tak bolehlah underestimate,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlakunya DUN tergantung sekiranya tiada gabungan memperoleh majoriti mudah, Muhyiddin enggan membuat spekulasi, namun mengakui pembentukan kerajaan gabungan baharu merupakan perkara yang lazim dalam landskap politik semasa.<\/p>\n<p>Sahruddin, yang mempertahankan kerusi Bukit Kepong sejak 2018, bakal berdepan pertandingan tiga penjuru menentang Ahmad Syarie Yusof daripada BN dan C. Subramani mewakili PH.<\/p>\n<p>PN sebelum ini turut menamakan bekas Menteri Besar Johor itu sebagai calon Menteri Besar sekiranya gabungan berkenaan berjaya membentuk kerajaan selepas pengundian pada 11 Julai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yassin berkata partinya menerima dengan hati terbuka keputusan PAS untuk tidak menggerakkan jenteranya membantu calon Bersatu sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut Presiden Bersatu itu, walaupun semangat dalam Perikatan Nasional (PN) sepatutnya berteraskan kerjasama dan saling membantu, Bersatu tetap menghormati pendirian PAS dan akan meneruskan kempen menggunakan kekuatan sendiri. \u201cTak apalah, saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,630,185,71,126,103],"authors":[],"class_list":["post-12115","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-johor","tag-kempen","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12115","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12115"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12115\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12116,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12115\/revisions\/12116"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12115"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12115"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12115"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12115"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}