{"id":12117,"date":"2026-06-27T04:17:12","date_gmt":"2026-06-27T04:17:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12117"},"modified":"2026-06-27T04:17:12","modified_gmt":"2026-06-27T04:17:12","slug":"calon-underdog-ph-lawan-onn-hafiz-sedia-beri-saingan-sengit-di-dun-machap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/calon-underdog-ph-lawan-onn-hafiz-sedia-beri-saingan-sengit-di-dun-machap\/","title":{"rendered":"Calon \u2018underdog\u2019 PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap"},"content":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nur Hafiz Roslan optimis kawasan itu mampu mencatat pembangunan yang lebih pesat sekiranya gabungan berkenaan diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.<\/p>\n<p>Beliau berkata, PH akan tampil dengan manifesto serta tawaran yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan Machap, termasuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi manfaat penduduk.<\/p>\n<p>\u201cKami akan membentangkan manifesto dan tawaran yang memberi fokus kepada pembangunan Machap. Kami yakin Johor dan Machap boleh berkembang dengan lebih baik dan lebih maju bersama PH,\u201d katanya selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Nur Hafiz, penyelarasan yang baik antara pentadbiran negeri dan Persekutuan merupakan faktor penting dalam memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.<\/p>\n<p>\u201cKami cukup yakin sekiranya kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama dengan baik, Johor akan menjadi negeri yang lebih maju dan terus bergerak ke hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas persaingannya dengan penyandang kerusi DUN Machap, Onn Hafiz Ghazi, Nur Hafiz berkata akan turun bertanding dengan keyakinan tinggi untuk merampas kerusi berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, pencalonannya bukan sekadar melengkapkan pertandingan, sebaliknya membawa iltizam untuk menawarkan pendekatan dan dasar yang diyakini mampu memenuhi keperluan penduduk setempat.<\/p>\n<p>\u201cSaya diberi mandat oleh PH untuk bertanding di Machap dengan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi. Kami datang untuk menang kerana percaya tawaran yang dibawa lebih baik untuk penduduk Machap,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut melahirkan keyakinan sokongan rakyat, khususnya anak-anak Johor, akan menjadi pemangkin kepada usaha PH membentuk pentadbiran negeri yang lebih progresif.<\/p>\n<p>PRN Johor ke-16 menyaksikan persaingan sengit di kebanyakan kerusi apabila parti-parti utama mengemukakan calon masing-masing bagi merebut mandat mentadbir negeri.<\/p>\n<p>DUN Machap antara kerusi yang menjadi tumpuan apabila mempertemukan Menteri Besar Johor selaku penyandang dengan pencabar daripada PH dalam saingan yang dijangka menarik perhatian pengundi sepanjang tempoh kempen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Nur Hafiz Roslan optimis kawasan itu mampu mencatat pembangunan yang lebih pesat sekiranya gabungan berkenaan diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Beliau berkata, PH akan tampil dengan manifesto serta tawaran yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan Machap, termasuk memperkukuh kerjasama antara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12118,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,409,630,4257,4200,3847,727,103],"authors":[],"class_list":["post-12117","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dun","tag-johor","tag-machap","tag-nur-hafiz-roslan","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-pakatan-harapan","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12117","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12117"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12117\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12119,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12117\/revisions\/12119"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12118"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12117"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12117"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12117"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12117"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}