{"id":12122,"date":"2026-06-27T04:30:52","date_gmt":"2026-06-27T04:30:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12122"},"modified":"2026-06-27T04:30:52","modified_gmt":"2026-06-27T04:30:52","slug":"kempen-prn-dipantau-24-jam-orang-ramai-diminta-bantu-bendung-berita-palsu-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kempen-prn-dipantau-24-jam-orang-ramai-diminta-bantu-bendung-berita-palsu-fahmi\/","title":{"rendered":"Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperketat pemantauan kandungan dalam talian sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan operasi 24 jam sehingga hari pengundian pada 11 Julai ini bagi membendung penyebaran berita palsu, maklumat tidak sahih serta kandungan yang menyentuh isu 3R.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT), MCMC serta beberapa agensi berkaitan bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.<\/p>\n<p>\u201cKementerian Komunikasi melalui MCMC akan membantu memastikan tiada kandungan yang tidak sihat, memudaratkan, bersifat berita palsu, maklumat palsu serta kandungan yang menyentuh isu 3R disebarkan sepanjang tempoh kempen,\u201d katanya selepas proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, Fahmi yang juga Ketua Komunikasi Pakatan Harapan (PH) mengiringi calon PH bagi DUN Semerah, Khuzan Abu Bakar, menyerahkan borang pencalonan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, MCMC telah membuat segala persiapan bagi menjalankan pemantauan berterusan sepanjang tempoh kempen selepas memberi taklimat mengenai mekanisme pemantauan yang akan digunakan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Fahmi menggesa orang ramai memainkan peranan dengan melaporkan segera sebarang kandungan yang disyaki mengandungi berita palsu atau menyentuh isu 3R supaya tindakan pantas dapat diambil.<\/p>\n<p>\u201cJika anda melihat apa-apa kandungan bersifat palsu ataupun menyentuh isu 3R, pertama laporkan kepada platform berkenaan kerana platform wajib mengambil tindakan.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, buat laporan kepada MCMC melalui portal aduan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Johor Ke-16 memasuki fasa kempen selepas selesai proses penamaan calon hari ini. Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari sebelum hari pengundian pada 11 Julai.<\/p>\n<p>Sepanjang tempoh itu, pihak berkuasa memberi penekanan terhadap penyebaran maklumat yang bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kandungan yang boleh menggugat keharmonian serta ketenteraman awam, khususnya di media sosial yang dijangka menjadi medan utama kempen parti-parti bertanding.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperketat pemantauan kandungan dalam talian sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan operasi 24 jam sehingga hari pengundian pada 11 Julai ini bagi membendung penyebaran berita palsu, maklumat tidak sahih serta kandungan yang menyentuh isu 3R. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dilaksanakan secara bersepadu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12123,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[409,49,630,185,4259,16,103,4258],"authors":[],"class_list":["post-12122","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dun","tag-fahmi-fadzil","tag-johor","tag-kempen","tag-khuzan-abu-bakar","tag-mcmc","tag-prn","tag-semerah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12122","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12122"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12122\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12124,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12122\/revisions\/12124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12122"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}