{"id":12134,"date":"2026-06-27T06:46:32","date_gmt":"2026-06-27T06:46:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12134"},"modified":"2026-06-27T06:46:49","modified_gmt":"2026-06-27T06:46:49","slug":"samsuri-tandatangan-watikah-hanya-selepas-rundingan-pas-bn-gagal-marzuki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/samsuri-tandatangan-watikah-hanya-selepas-rundingan-pas-bn-gagal-marzuki\/","title":{"rendered":"Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki"},"content":{"rendered":"<p>Marzuki Mohamad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Annuar Musa, yang menyifatkan Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai &#8220;berjiwa besar&#8221; kerana membenarkan Parti Bersatu menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin itu berkata, kenyataan sedemikian dilihat seolah-olah merendahkan kedudukan Bersatu sebagai salah sebuah parti komponen PN, sedangkan penggunaan logo gabungan adalah hak yang diperuntukkan kepada semua parti anggota.<\/p>\n<p>&#8220;Janganlah berkata begini kepada Bersatu. Nampak \u2018condescending\u2019 (merendah-rendahkan orang lain).<\/p>\n<p>&#8220;Padahal itu hak Bersatu sebagai parti anggota PN untuk diberikan watikah bertanding menggunakan logo PN dalam pilihan raya. Ia bukan soal berbesar hati,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Menurut Marzuki, dalam sesebuah gabungan politik, individu yang diberi kuasa menandatangani watikah calon hanya melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh semua parti komponen melalui rundingan pembahagian kerusi.<\/p>\n<p>Katanya, pemberian watikah kepada calon daripada parti anggota bukanlah satu bentuk keistimewaan atau ihsan daripada mana-mana pemimpin.<\/p>\n<p>&#8220;Sesiapa sahaja yang diberikan amanah untuk menandatangani watikah bagi sesuatu gabungan parti politik akan mengeluarkan watikah kepada calon-calon daripada parti-parti anggota berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat rundingan kerusi.<\/p>\n<p>&#8220;Itu pun kalau orang tak tahu cerita,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Marzuki turut mendakwa keputusan membenarkan Bersatu bertanding menggunakan logo PN pada PRN Johor hanya dibuat selepas rundingan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi yang tahu cerita, ini semua \u2018afterthought\u2019.<\/p>\n<p>&#8220;Watikah diberikan sebab rundingan PAS dengan BN gagal. Kalau rundingan berjaya, tak bertandinglah PN dalam PRN Johor.<\/p>\n<p>&#8220;Pengerusi PN tak perlu keluarkan satu watikah pun,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Annuar dilaporkan memuji Ahmad Samsuri sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana membenarkan Bersatu menggunakan logo PN dalam PRN Johor.<\/p>\n<p>Isu penggunaan logo PN tercetus ketika hubungan antara PAS dan Bersatu terus menjadi perhatian susulan keputusan PAS untuk tidak membantu kempen Bersatu di kerusi yang ditandingi parti itu dalam PRN Johor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Marzuki Mohamad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Annuar Musa, yang menyifatkan Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai &#8220;berjiwa besar&#8221; kerana membenarkan Parti Bersatu menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin itu berkata, kenyataan sedemikian dilihat seolah-olah merendahkan kedudukan Bersatu sebagai salah sebuah parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1625,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,136,630,949,126,541,103],"authors":[],"class_list":["post-12134","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-calon","tag-johor","tag-marzuki-mohamad","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12134","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12134"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12134\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12136,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12134\/revisions\/12136"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12134"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12134"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12134"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12134"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}