{"id":12137,"date":"2026-06-27T06:54:19","date_gmt":"2026-06-27T06:54:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12137"},"modified":"2026-06-27T06:54:19","modified_gmt":"2026-06-27T06:54:19","slug":"kerajaan-perkasa-bantuan-guaman-syarie-dengan-peruntukan-baharu-rm1-5-juta-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-perkasa-bantuan-guaman-syarie-dengan-peruntukan-baharu-rm1-5-juta-pmx\/","title":{"rendered":"Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memperluaskan akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan menerusi Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS).<\/p>\n<p>Beliau berkata, bantuan itu penting bagi memastikan setiap individu, khususnya golongan miskin dan ibu tunggal, mempunyai peluang sama rata mendapatkan khidmat guaman ketika berdepan prosiding di Mahkamah Syariah.<\/p>\n<p>&#8220;Kita ada perundangan yang baik, mahkamah yang baik, peguam yang baik dan hakim yang baik, tetapi masalah akses itu belum tentu. Selalunya dalam sistem perundangan, orang yang berkemampuan mendapat peguam terbaik, tetapi orang yang paling miskin kadang-kadang tidak ada akses,&#8221; katanya ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan usaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah, termasuk cadangan penambahbaikan terhadap Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, tidak pernah bertujuan menjejaskan hak penganut agama lain.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pindaan yang diperkenalkan sejak penghujung 1980-an itu hanya bertujuan memperkukuh bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam urusan berkaitan umat Islam tanpa mencampuri hal ehwal agama bukan Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak sama sekali mahu melanggar hak bukan Islam. Apa yang kita hendak tegakkan ialah keadilan dan tidak menafikan hak bukan Islam dalam urusan agama mereka. Mahkamah sivil tidak ada hak untuk mengganggu urusan Mahkamah Syariah mengenai hukum Islam dan masyarakat Islam. Bagi saya, itu sangat adil,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha memperkasakan institusi Islam dan menolak dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan mengabaikan agenda berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Sepanjang lebih tiga tahun saya menjadi Perdana Menteri, belum ada satu pun cadangan berkaitan penambahan peruntukan atau kedudukan Mahkamah Syariah yang dibantah oleh mana-mana menteri, termasuk menteri bukan Melayu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar mencadangkan satu sesi perbincangan khas diadakan melibatkan Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, ketua-ketua hakim Mahkamah Syariah serta wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi membincangkan langkah memperkukuh institusi kehakiman syariah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pertemuan itu akan memberi ruang kepada pengamal undang-undang syariah mengemukakan cadangan bagi meningkatkan keupayaan dan martabat Mahkamah Syariah.<\/p>\n<p>&#8220;Pandangan yang dirasakan perlu dan harus diberi perhatian, saya akan beri keutamaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan khidmat guaman dalam kes-kes di Mahkamah Syariah, sekali gus memastikan akses kepada keadilan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memperluaskan akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan menerusi Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS). Beliau berkata, bantuan itu penting bagi memastikan setiap individu, khususnya golongan miskin dan ibu tunggal, mempunyai peluang sama rata mendapatkan khidmat guaman ketika berdepan prosiding [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12138,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,4263,4262,197,535],"authors":[],"class_list":["post-12137","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-bagus","tag-bantuan-guaman-syarie","tag-perdana-menteri","tag-peruntukan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12137","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12137"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12137\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12139,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12137\/revisions\/12139"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12137"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12137"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12137"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12137"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}