{"id":12147,"date":"2026-06-28T04:33:46","date_gmt":"2026-06-28T04:33:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12147"},"modified":"2026-06-28T04:33:46","modified_gmt":"2026-06-28T04:33:46","slug":"ph-tidak-campur-urusan-perpecahan-pn-tumpu-menangi-hati-pengundi-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-tidak-campur-urusan-perpecahan-pn-tumpu-menangi-hati-pengundi-fahmi\/","title":{"rendered":"PH tidak campur urusan perpecahan PN, tumpu menangi hati pengundi: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan PAS untuk tidak membantu kempen calon Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini memberi sedikit kelebihan kepada gabungan itu, namun menegaskan pihaknya tidak mahu mencampuri urusan dalaman Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, apa yang berlaku dalam PN adalah perkara yang perlu diselesaikan oleh gabungan itu, manakala PH kekal memberi tumpuan kepada usaha meraih sokongan rakyat sepanjang tempoh berkempen.<\/p>\n<p>\u201cSaya lihat ini masalah dalaman dalam kalangan parti terbabit dan kita tidak masuk campur dalam hal mereka.<\/p>\n<p>\u201cBagi PH, keutamaan dan fokus adalah menggerakkan jentera, memenangi hati rakyat serta membuktikan bahawa PH mampu meneraju dan mewakili rakyat Johor,\u201d katanya selepas menghadiri Program JIWA@Komuniti Madani Sembang Santai Edisi Piala Dunia FIFA 2026 di Pasar Awam Parit Jawa hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Soraya Badaruddin.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Fahmi berkata, fokus utama PH ketika ini ialah memastikan penyokong mereka keluar mengundi pada hari pengundian, 11 Julai nanti.<\/p>\n<p>\u201cUntuk parti lain, bukan kita tidak endahkan, tetapi kita akan terus fokus kepada kekuatan PH,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata parti itu menghormati keputusan PAS yang tidak membantu kempen pada PRN Johor dan menegaskan gerak kerja parti akan diteruskan berasaskan kekuatan sendiri.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan tersebut tidak menjejaskan kempen Bersatu yang terus memberi tumpuan kepada dasar serta rekod perkhidmatan parti bagi meyakinkan pengundi.<\/p>\n<p>Sementara itu, Fahmi turut mengingatkan semua parti politik supaya mengelakkan penggunaan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) sepanjang tempoh berkempen.<\/p>\n<p>Beliau berkata, persaingan dalam PRN Johor seharusnya tertumpu kepada dasar, prestasi dan tawaran setiap parti kepada rakyat, bukannya memainkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian.<\/p>\n<p>\u201cTak payah sentuh pun isu-isu itu. Seperti yang disebut oleh Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim, biarlah parti lawan parti. Kita fokus kepada parti politik dan tokoh politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada rakyat memilih kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Kempen kini memasuki fasa penting apabila semua parti giat mendekati pengundi dengan menawarkan manifesto dan pendekatan masing-masing menjelang hari pengundian pada 11 Julai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan PAS untuk tidak membantu kempen calon Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini memberi sedikit kelebihan kepada gabungan itu, namun menegaskan pihaknya tidak mahu mencampuri urusan dalaman Perikatan Nasional (PN). Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, apa yang berlaku dalam PN adalah perkara yang perlu diselesaikan oleh gabungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10371,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,49,727,126,381,9,951,4069],"authors":[],"class_list":["post-12147","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-fahmi-fadzil","tag-pakatan-harapan","tag-pas","tag-perpecahan","tag-pkr","tag-pn","tag-prn-johor"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12147","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12147"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12147\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12148,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12147\/revisions\/12148"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10371"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12147"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12147"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12147"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12147"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}