{"id":12192,"date":"2026-06-29T03:32:52","date_gmt":"2026-06-29T03:32:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12192"},"modified":"2026-06-29T03:32:52","modified_gmt":"2026-06-29T03:32:52","slug":"18000-permohonan-tambahan-kuota-diesel-budi-madani-mof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/18000-permohonan-tambahan-kuota-diesel-budi-madani-mof\/","title":{"rendered":"18,000 permohonan tambahan kuota diesel BUDI MADANI: MoF"},"content":{"rendered":"<p>Lebih 18,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang layak telah mengemukakan permohonan tambahan kuota diesel bersubsidi sebanyak 100 liter sebulan menerusi portal rasmi BUDI MADANI setakat jam 10 malam semalam.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata pelaksanaan awal BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang memasuki hari kedua berjalan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal, sekali gus memberi keyakinan kepada pengguna untuk memanfaatkan skim berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, lebih 40,000 transaksi telah direkodkan sejak pelaksanaan awal BUDI Diesel bermula. Kita juga menerima lebih 18,000 permohonan tambahan kuota daripada pemilik kenderaan yang layak,\u201d katanya selepas meninjau pelaksanaan BUDI Diesel di Stesen Minyak PETRONAS NKVE arah Damansara malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, permohonan tambahan kuota boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI, manakala mereka yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan khidmat di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta kaunter yang disediakan syarikat minyak terpilih.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan turut menyediakan kemudahan pemindahan kuota subsidi kepada pengguna sebenar sekiranya pemilik berdaftar kenderaan tidak sama dengan individu yang menggunakan kenderaan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cPermohonan pemindahan kuota juga boleh dibuat melalui portal yang sama. Kita akan memastikan kuota itu dipindahkan kepada pengguna sebenar supaya bantuan sampai kepada pihak yang layak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, selepas pemindahan diluluskan, sistem di stesen minyak akan mengesahkan penggunaan kuota berdasarkan nombor kad pengenalan pengguna baharu yang dipautkan kepada kuota subsidi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cJumlah kuota kekal mengikut kelayakan kenderaan, namun hanya boleh digunakan oleh individu yang telah didaftarkan dalam sistem,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Amir Hamzah turut memaklumkan sehingga kini tiada sebarang isu teknikal dilaporkan sama ada membabitkan sistem BUDI MADANI mahupun operasi di stesen minyak.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan akan terus memantau pelaksanaan inisiatif itu bagi memastikan segala urusan berjalan lancar menjelang pelaksanaan penuh bermula 1 Julai.<\/p>\n<p>BUDI Diesel merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menyalurkan subsidi diesel secara lebih bersasar kepada golongan yang layak di Semenanjung Malaysia.<\/p>\n<p>Di bawah pelaksanaan awal yang bermula kelmarin, penerima menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter bagi kuota anjal sehingga 200 liter sebulan, sebelum kadar itu diselaraskan kepada RM2.10 seliter mulai Rabu ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih 18,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang layak telah mengemukakan permohonan tambahan kuota diesel bersubsidi sebanyak 100 liter sebulan menerusi portal rasmi BUDI MADANI setakat jam 10 malam semalam. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata pelaksanaan awal BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang memasuki hari kedua berjalan lancar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,1782,916,285,482],"authors":[],"class_list":["post-12192","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-budi","tag-diesel","tag-madani","tag-mof"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12192","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12192"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12192\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12193,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12192\/revisions\/12193"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12192"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12192"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12192"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12192"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}