{"id":12194,"date":"2026-06-29T03:48:11","date_gmt":"2026-06-29T03:48:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12194"},"modified":"2026-06-29T03:48:11","modified_gmt":"2026-06-29T03:48:11","slug":"dap-dakwa-wujud-kerjasama-bn-pn-di-prn-johor-undi-bn-dapat-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-dakwa-wujud-kerjasama-bn-pn-di-prn-johor-undi-bn-dapat-pas\/","title":{"rendered":"DAP dakwa wujud kerjasama BN-PN di PRN Johor, undi BN dapat PAS"},"content":{"rendered":"<p>DAP Johor mendakwa terdapat petanda yang menunjukkan wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan beberapa kenyataan pemimpin pembangkang selepas hari penamaan calon.<\/p>\n<p>Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata dakwaan itu timbul apabila beberapa pemimpin PN secara terbuka menggesa penyokong mereka memberikan sokongan kepada calon BN di kerusi yang tidak ditandingi gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan PN yang tidak meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara kedua-dua gabungan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Sebelum ini Anthony Loke telah membangkitkan kemungkinan wujudnya kerjasama antara BN dan PN, namun dakwaan itu dinafikan oleh MCA.<\/p>\n<p>&#8220;Tetapi pagi ini kita nampak Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat kenyataan secara terbuka menyeru penyokong mereka mengundi BN di kawasan yang tiada calon PN bertanding,&#8221; katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRN Johor semalam.<\/p>\n<p>Nie Ching yang juga Ketua Wanita DAP Malaysia berkata, perkembangan itu perlu dinilai secara teliti oleh pengundi sebelum membuat pilihan pada hari pengundian.<\/p>\n<p>&#8220;Pengundi di Johor perlu menilai situasi terkini ini dan membuat keputusan yang bijaksana.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi saya, ia sangat jelas bahawa satu undi kepada BN bermakna satu undi kepada PAS. Kita perlu elakkan situasi di mana barang yang dipesan lain, tetapi barang lain pula yang sampai,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>PRN Johor kali ini menyaksikan persaingan pelbagai penjuru di beberapa kawasan, namun PN tidak bertanding di semua kerusi yang dipertandingkan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan perdebatan politik apabila beberapa pemimpin PAS menggesa penyokong mereka memberi sokongan kepada calon BN di kerusi yang tidak ditandingi PN.<\/p>\n<p>Sebelum ini, dakwaan mengenai kemungkinan kerjasama antara BN dan PN pernah dibangkitkan oleh pimpinan Pakatan Harapan, namun ia dinafikan beberapa pemimpin BN yang menegaskan tiada sebarang bentuk kerjasama rasmi antara kedua-dua gabungan dalam menghadapi PRN Johor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP Johor mendakwa terdapat petanda yang menunjukkan wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan beberapa kenyataan pemimpin pembangkang selepas hari penamaan calon. Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata dakwaan itu timbul apabila beberapa pemimpin PN secara terbuka menggesa penyokong mereka memberikan sokongan kepada calon [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12195,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,63,630,824,951,103,33],"authors":[],"class_list":["post-12194","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-dap","tag-johor","tag-kerjasama","tag-pn","tag-prn","tag-teo-nie-ching"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12194","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12194"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12194\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12196,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12194\/revisions\/12196"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12195"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12194"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12194"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12194"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12194"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}