{"id":122,"date":"2025-05-15T07:30:04","date_gmt":"2025-05-15T07:30:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=122"},"modified":"2025-05-15T07:30:04","modified_gmt":"2025-05-15T07:30:04","slug":"prn-sabah-ahli-dan-pemimpin-dap-keluar-parti-nak-bertanding-bebas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-ahli-dan-pemimpin-dap-keluar-parti-nak-bertanding-bebas\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: Ahli dan pemimpin DAP keluar parti, nak bertanding bebas"},"content":{"rendered":"<p>Kehangatan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) Sabah semakin terasa, semua parti politik sibuk merangka strategi dan tidak kurang juga terdapat parti yang sedang berdepan pergolakan dalaman.<\/p>\n<p>Terbaharu, DAP Sabah dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangan terdapat ahli dan pemimpin parti itu yang mengumumkan keputusan keluar parti hanya semata-mata tidak tersenarai menjadi calon.<\/p>\n<p>Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Chan Foong Hin, menyatakan rasa kesal terhadap tindakan itu memandangkan parti belum lagi memuktamadkan senarai calon yang bakal mewakili DAP nanti.<\/p>\n<p>Beliau berkata, banyak perkara berkaitan PRN-17, termasuk soal pemilihan calon yang bakal mewakili parti atas tiket Pakatan Harapan (PH), masih lagi dalam perbincangan.<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun pilihan raya negeri semakin dekat, banyak perkara termasuk pemilihan calon belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam tempoh kritikal ini, keputusan pemimpin tempatan tertentu keluar parti dengan harapan untuk bertanding sebagai calon bebas sangat dikesali,&#8221; katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Semalam, ahli DAP yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan, Cyril Liew dilapor keluar parti dan mengumumkan bertanding calon Bebas di kerusi DUN berkenaan pada PRN-17.<\/p>\n<p>Tindakan pemimpin akar umbi DAP itu mengecewakan ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang yang juga Naib Pengerusi DAP Sabah kerana berasa dikhianati orang kepercayaannya sendiri.<\/p>\n<p>Menegaskan tindakan itu bukan saja memalukan, malah mendedahkan sikap kepura-puraan dalam memberikan khidmat kepada rakyat, Foong Hin percaya rakyat tidak akan menyokong tindakan oportunis seperti itu yang didorong oleh manfaat politik.<\/p>\n<p>Sementara itu, katanya, Sabah memerlukan parti politik yang benar-benar boleh melaksanakan penyampaian berpandukan keputusan dan mampu untuk menyelesaikan apa saja perkara dan bukan hanya retorik emosi atau slogan politik.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, berkata ia adalah syarat penting untuk mengubah Sabah menjadi negeri yang mengekalkan bakatnya dan menikmati infrastruktur yang dibangunkan dengan baik.<\/p>\n<p>&#8220;Ini memerlukan sebuah parti dengan kemampuan untuk menyelaras dan menggerakkan pelbagai pihak berkepentingan, melaksanakan kuasa dan sumber yang diwakilkan kerajaan Persekutuan dengan berkesan.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, mengekalkan hubungan rapat dan membina dengan Persekutuan untuk melaksanakan agenda pembangunan Sabah,&#8221; katanya menambah DAP Sabah komited sepenuhnya dan bergerak aktif mempersiapkan parti bagi menghadapi PRN-17.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehangatan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) Sabah semakin terasa, semua parti politik sibuk merangka strategi dan tidak kurang juga terdapat parti yang sedang berdepan pergolakan dalaman. Terbaharu, DAP Sabah dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangan terdapat ahli dan pemimpin parti itu yang mengumumkan keputusan keluar parti hanya semata-mata tidak tersenarai menjadi calon. Timbalan Pengerusi DAP Sabah, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":123,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[104,63,103,102],"authors":[],"class_list":["post-122","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-chan-foong-hin","tag-dap","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/122","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=122"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/122\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":124,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/122\/revisions\/124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=122"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}