{"id":12223,"date":"2026-06-29T09:59:04","date_gmt":"2026-06-29T09:59:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12223"},"modified":"2026-06-29T09:59:04","modified_gmt":"2026-06-29T09:59:04","slug":"ketua-umno-kangar-bersama-dua-pengarah-diarah-bayar-balik-kes-tiket-umrah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ketua-umno-kangar-bersama-dua-pengarah-diarah-bayar-balik-kes-tiket-umrah\/","title":{"rendered":"Ketua UMNO Kangar bersama dua pengarah diarah bayar balik kes tiket umrah"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ketua UMNO Kangar, Fathul Bari Mat Jahya bersama dua bekas pengarah sebuah syarikat pelancongan untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman yang mengarahkan mereka membayar hampir RM500,000 berkaitan bayaran balik tiket umrah.<\/p>\n<p>Hakim Leong Wai Hong membuat keputusan itu pada Isnin selepas mendapati tiada alasan khas untuk membenarkan penangguhan sementara rayuan mereka didengar di Mahkamah Rayuan.<\/p>\n<p>&#8220;Kes ini sangat jelas bahawa bagi penghakiman berbentuk wang, hakikat terdapat rayuan bukanlah suatu keadaan khas yang mewajarkan penangguhan pelaksanaan. Oleh itu, permohonan ditolak dengan kos RM5,000,\u201d kata hakim semasa membaca keputusan.<\/p>\n<p>Selain Fathul Bari, dua lagi individu yang terlibat ialah Sekh Mohd Fazzli Sekh Mohd Ruzi dan Wan Azizul Wan Yusoff yang merupakan bekas pengarah serta pemegang saham Rehla Travel Services Sdn Bhd.<\/p>\n<p>Kes itu difailkan oleh KRS Travel Sdn Bhd yang menuntut pemulangan RM492,480 bagi bayaran tiket penerbangan jemaah umrah selepas perjalanan ke Tanah Suci dibatalkan akibat pandemik Covid-19.<\/p>\n<p>Berdasarkan fakta kes, KRS Travel telah membayar wang berkenaan kepada Rehla Travel pada Februari 2020 untuk pembelian tiket penerbangan ke Madinah dan Jeddah melalui Malaysia Airlines Berhad (MAB).<\/p>\n<p>Bagaimanapun, selepas penerbangan dibatalkan susulan pandemik, MAB dilaporkan telah memulangkan sepenuhnya wang tersebut kepada Rehla Travel.<\/p>\n<p>Namun, syarikat itu didakwa gagal memulangkan semula bayaran berkenaan kepada KRS Travel.<\/p>\n<p>Keterangan di mahkamah turut menunjukkan Rehla Travel menerima bayaran balik berjumlah RM1.33 juta termasuk RM492,480 yang menjadi pertikaian dalam kes tersebut.<\/p>\n<p>Defendan sebelum ini berhujah mereka hanya bertindak sebagai ejen tiket MAB dan mendakwa tuntutan sepatutnya dibuat terhadap syarikat penerbangan itu, bukannya Rehla Travel.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen sebelum ini memutuskan bahawa wujud unsur penipuan selepas mendapati wang yang dipulangkan oleh MAB tidak disalurkan kembali kepada pihak yang berhak menerimanya.<\/p>\n<p>Pada 9 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan Fathul Bari dan dua bekas pengarah syarikat itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen.<\/p>\n<p>Mereka kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 8 Januari lalu, namun sehingga rayuan itu diputuskan, Mahkamah Tinggi memutuskan penghakiman pembayaran tetap perlu dilaksanakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ketua UMNO Kangar, Fathul Bari Mat Jahya bersama dua bekas pengarah sebuah syarikat pelancongan untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman yang mengarahkan mereka membayar hampir RM500,000 berkaitan bayaran balik tiket umrah. Hakim Leong Wai Hong membuat keputusan itu pada Isnin selepas mendapati tiada alasan khas untuk membenarkan penangguhan sementara rayuan mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4280,2129,314,58,4281,3226,146,3352],"authors":[],"class_list":["post-12223","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fathul-bari-mat-jahya","tag-kangar","tag-kes","tag-mahkamah","tag-rehla-travel-services-sdn-bhd","tag-tiket","tag-umno","tag-umrah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12223","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12223"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12223\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12224,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12223\/revisions\/12224"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12223"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12223"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12223"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12223"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}