{"id":12228,"date":"2026-06-29T12:12:02","date_gmt":"2026-06-29T12:12:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12228"},"modified":"2026-06-29T12:12:02","modified_gmt":"2026-06-29T12:12:02","slug":"puad-dakwa-onn-hafiz-takut-berdebat-pernah-diminta-hadkan-perbahasan-dun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-dakwa-onn-hafiz-takut-berdebat-pernah-diminta-hadkan-perbahasan-dun\/","title":{"rendered":"Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN"},"content":{"rendered":"<p>Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi mendakwa Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, enggan menyahut cabaran berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik kerana bimbang berdepan hujah lawannya.<\/p>\n<p>Puad berkata, alasan budaya berdebat bukan amalan politik Johor tidak sepatutnya dijadikan sebab untuk menolak cadangan tersebut kerana perdebatan yang berlangsung secara beradab dan berhemah mampu memberi manfaat kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSiapa kata berdebat bukan cara Johor? Cara Johor ialah berdebat secara beradab, berhemah, tidak menengking dan tiada \u2018boo\u2019. Berdebat biar ada hujah dan rasional.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin Onn Hafiz banyak hujah. Sepatutnya beliau bersetuju untuk berdebat kerana ia memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut Puad, sekiranya Onn Hafiz tidak bersedia menyertai debat itu, beliau boleh menghantar Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, sebagai wakil.<\/p>\n<p>\u201cKalau takut, Onn Hafiz boleh hantar Dr Akmal sebagai wakil. Dia memang berani, cuma berani tidak bertempat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Puad turut mengimbau pengalamannya ketika menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan mendakwa pernah diminta mengehadkan ruang perbahasan dan sesi soal jawab dalam persidangan DUN.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ketika itu beliau turut diminta supaya tidak membenarkan perbahasan berkaitan Enakmen Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan yang melibatkan wakil kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cSaya tanya kenapa takut? Bukankah enakmen itu tetap akan lulus kerana kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga?<\/p>\n<p>\u201cJawapannya, pengimbang dikhuatiri akan menggunakan ruang itu untuk mengkritik program Bantuan Kasih Johor (BKJ),\u201d dakwanya.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, beliau juga pernah diminta memendekkan tempoh sesi soalan lisan dan perbahasan DUN, namun menolak permintaan itu kerana menganggap ia tidak adil kepada wakil rakyat yang telah menyediakan soalan.<\/p>\n<p>\u201cIa juga merendahkan martabat DUN kerana nadi Dewan ialah sesi soalan lisan daripada wakil rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Puad turut mengakhiri kenyataannya dengan menyindir bahawa sekiranya Onn Hafiz tidak bersedia berdebat dengan Maszlee, beliau sendiri sedia menjadi lawan debat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi mendakwa Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, enggan menyahut cabaran berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik kerana bimbang berdepan hujah lawannya. Puad berkata, alasan budaya berdebat bukan amalan politik Johor tidak sepatutnya dijadikan sebab untuk menolak cadangan tersebut kerana perdebatan yang berlangsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12229,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[109,804,409,630,4108,3847,103,222,1135,146],"authors":[],"class_list":["post-12228","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-debat","tag-dr-maszlee-malik","tag-dun","tag-johor","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn","tag-sidang","tag-takut","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12228","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12228"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12228\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12230,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12228\/revisions\/12230"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12229"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12228"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12228"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12228"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12228"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}