{"id":12233,"date":"2026-06-29T12:26:48","date_gmt":"2026-06-29T12:26:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12233"},"modified":"2026-06-29T12:26:48","modified_gmt":"2026-06-29T12:26:48","slug":"bersatu-tidak-akan-arah-ahli-undi-parti-lain-macam-pas-buat-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-tidak-akan-arah-ahli-undi-parti-lain-macam-pas-buat-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu tidak akan mengeluarkan arahan kepada ahlinya supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata pendirian parti itu kekal konsisten sejak penubuhannya iaitu hanya memberikan sokongan kepada calon yang bertanding atas tiket PN.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Bersatu tidak akan mengambil pendekatan mengarahkan penyokong mengundi parti lain kerana ia boleh mengelirukan pengundi selain bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak akan buat arahan sebegitu kerana ada asas-asas tertentu yang kita guna pakai. Polisi, dasar dan pendekatan kita sejak dulu memang begitu. Saya tak sama dengan parti lain,&#8221; katanya selepas menghadiri Majlis Sembang Santai DUN Bukit Kepong di Kampung Jayor, Pagoh hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin berkata, prinsip Bersatu adalah jelas iaitu penyokong perlu memberikan sokongan kepada calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau PN bertanding, sokong PN. Parti-parti lain yang lawan kita takkan kita nak sokong. Kita jangan mencelarukan pemikiran pengundi. Prinsip kita jelas,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PAS yang mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO-Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi PN pada PRN Johor.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, bagi kawasan yang tidak mempunyai calon Bersatu atau PN, keputusan sama ada untuk keluar mengundi atau sebaliknya diserahkan kepada pertimbangan individu.<\/p>\n<p>&#8220;Ada yang buat keputusan begitu, itu hak mereka. Kadang-kadang mereka tidak mahu keluar mengundi kerana calon yang bertanding bukan parti yang mereka sokong. Saya tidak akan paksa atau keluarkan arahan sedemikian,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada Ahad, PAS mengarahkan semua ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO-BN di kerusi yang tidak ditandingi PN.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata langkah itu dibuat bagi memastikan undi ahli parti dimanfaatkan di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>PRN Johor kali ini menyaksikan landskap politik yang berbeza apabila PAS dan UMNO kembali bekerjasama selepas PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu dalam PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu tidak akan mengeluarkan arahan kepada ahlinya supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata pendirian parti itu kekal konsisten sejak penubuhannya iaitu hanya memberikan sokongan kepada calon yang bertanding atas tiket PN. Menurut beliau, Bersatu tidak akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,378,630,1590,126,103,146],"authors":[],"class_list":["post-12233","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-bn","tag-johor","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12233","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12233"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12233\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12234,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12233\/revisions\/12234"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12233"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12233"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12233"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12233"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}