{"id":12244,"date":"2026-06-30T03:11:15","date_gmt":"2026-06-30T03:11:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12244"},"modified":"2026-06-30T03:11:15","modified_gmt":"2026-06-30T03:11:15","slug":"tiada-negeri-dianaktirikan-dalam-agihan-peruntukan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-negeri-dianaktirikan-dalam-agihan-peruntukan-pmx\/","title":{"rendered":"Tiada negeri dianaktirikan dalam agihan peruntukan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan tiada mana-mana negeri dianaktirikan dalam agihan peruntukan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya semua negeri menerima peruntukan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini berdasarkan keperluan pembangunan masing-masing.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya terdapat negeri yang dipinggirkan atau tidak diberi layanan adil oleh Kerajaan MADANI adalah tidak berasas kerana kerajaan mengagihkan peruntukan mengikut keutamaan seperti pembasmian kemiskinan, pembangunan infrastruktur dan peningkatan kemudahan awam.<\/p>\n<p>&#8220;Semua negeri menerima peruntukan yang lebih daripada sebelumnya. Kita pertahankan keputusan ini berdasarkan keperluan yang mendesak seperti pembasmian kemiskinan, menaik taraf kemudahan infrastruktur, sekolah dan sebagainya. Tidak benar sama sekali tohmahan bahawa negeri-negeri tertentu dianaktirikan atau dipinggirkan,&#8221; katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sri Aman, Doris Sophia Brodi mengenai kaedah agihan hasil dan peruntukan kepada negeri.<\/p>\n<p>Anwar menjelaskan hanya Selangor dan Pulau Pinang merekodkan kutipan hasil cukai yang melebihi nilai peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan kerana kedua-dua negeri itu mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih kukuh dan menjadi penyumbang utama hasil negara.<\/p>\n<p>Menurut beliau, purata kutipan hasil cukai Persekutuan di Selangor bagi tempoh 2023 hingga 2025 ialah RM43.6 bilion, manakala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan di negeri itu berjumlah RM15 bilion.<\/p>\n<p>Bagi Pulau Pinang pula, purata hasil cukai yang dikutip ialah RM10.7 bilion, manakala peruntukan Persekutuan yang dibelanjakan berjumlah RM7.9 bilion.<\/p>\n<p>Katanya, kebanyakan negeri lain menerima peruntukan yang jauh lebih tinggi berbanding jumlah hasil yang disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Selain itu, Anwar berkata kerajaan turut meningkatkan pelbagai bentuk bantuan kepada kerajaan negeri, termasuk menerusi Ecological Fiscal Transfer (EFT) dan Capitation Grant bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh di seluruh negara.<\/p>\n<p>Mengulas soalan tambahan mengenai pemberian khas kepada Sarawak, beliau berkata rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri masih diteruskan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>&#8220;Kita masih meneruskan rundingan dengan Sarawak. Dalam perundingan terkini bersama Premier di Bintulu dan Kuching, saya telah memberi jaminan bahawa rundingan akan diteruskan dan memang wajar diberi peningkatan berdasarkan semangat perjanjian MA63,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Isu agihan hasil dan pemberian khas kepada negeri, khususnya Sabah dan Sarawak, sering menjadi perhatian dalam perbahasan Parlimen.<\/p>\n<p>Kerajaan MADANI sebelum ini berulang kali menegaskan komitmennya untuk memastikan pengagihan peruntukan dilaksanakan secara adil berdasarkan keperluan pembangunan serta tanggungjawab di bawah MA63.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan tiada mana-mana negeri dianaktirikan dalam agihan peruntukan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya semua negeri menerima peruntukan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini berdasarkan keperluan pembangunan masing-masing. Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya terdapat negeri yang dipinggirkan atau tidak diberi layanan adil oleh Kerajaan MADANI adalah tidak berasas kerana kerajaan mengagihkan peruntukan mengikut keutamaan seperti pembasmian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2100,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4282,170,483,947,309,318,535,18],"authors":[],"class_list":["post-12244","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agihan","tag-anwar-ibrahim","tag-cukai","tag-dewan-rakyat","tag-parlimen","tag-persekutuan","tag-peruntukan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12244","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12244"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12244\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12245,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12244\/revisions\/12245"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12244"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12244"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12244"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12244"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}