{"id":12282,"date":"2026-06-30T14:22:44","date_gmt":"2026-06-30T14:22:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12282"},"modified":"2026-06-30T14:22:44","modified_gmt":"2026-06-30T14:22:44","slug":"perangi-rasuah-perlu-usaha-bersama-semua-pihak-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perangi-rasuah-perlu-usaha-bersama-semua-pihak-anwar\/","title":{"rendered":"Perangi rasuah perlu usaha bersama semua pihak: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Usaha membanteras rasuah tidak boleh dipikul oleh satu institusi sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh melibatkan agensi penguatkuasaan, badan penasihat, Parlimen, sektor awam, sektor swasta serta seluruh masyarakat.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan agenda memerangi rasuah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan menerusi sistem semak dan imbang yang kukuh.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) memainkan peranan penting dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah dengan memberikan pandangan yang bebas dan kritikal.<\/p>\n<p>&#8220;Di Parlimen tadi, saya menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan LPPR selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>&#8220;Saya turut menyampaikan amanat kepada anggota yang baharu dilantik supaya membulatkan tekad dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, walaupun anggota yang dilantik datang daripada pelbagai latar belakang dan bidang kepakaran, mereka berkongsi tanggungjawab yang sama untuk memperkasakan usaha membanteras rasuah demi kepentingan negara.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kejayaan memerangi rasuah memerlukan komitmen semua pihak, bukan hanya bergantung kepada tindakan penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya turut melibatkan tadbir urus yang baik, integriti serta kebertanggungjawaban dalam setiap lapisan masyarakat.<\/p>\n<p>JKMR diwujudkan di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).<\/p>\n<p>Ahli jawatankuasa itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mewakili kerajaan serta pembangkang bagi menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>Sementara itu, LPPR ditubuhkan mengikut Seksyen 13 akta yang sama. Ahli-ahlinya dilantik daripada individu berintegriti yang mempunyai rekod perkhidmatan awam cemerlang atau mencapai kecemerlangan dalam bidang profesional masing-masing bagi menasihati SPRM mengenai pelaksanaan fungsi dan tanggungjawabnya.<\/p>\n<p>Kerajaan sejak pentadbiran Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan agenda memperkukuh integriti dan membanteras rasuah menjadi antara keutamaan dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap sistem pentadbiran negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Usaha membanteras rasuah tidak boleh dipikul oleh satu institusi sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh melibatkan agensi penguatkuasaan, badan penasihat, Parlimen, sektor awam, sektor swasta serta seluruh masyarakat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan agenda memerangi rasuah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan menerusi sistem semak dan imbang yang kukuh. Menurut beliau, Jawatankuasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4290,4291,18,24,21],"authors":[],"class_list":["post-12282","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-jawatankuasa-khas-mengenai-rasuah","tag-lembaga-penasihat-pencegahan-rasuah","tag-pmx","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12282","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12282"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12282\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12284,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12282\/revisions\/12284"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12282"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12282"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12282"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12282"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}