{"id":1229,"date":"2025-07-02T16:54:57","date_gmt":"2025-07-02T16:54:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1229"},"modified":"2025-07-02T16:54:57","modified_gmt":"2025-07-02T16:54:57","slug":"ambalat-kerajaan-perlu-telus-dalam-rundingan-dengan-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ambalat-kerajaan-perlu-telus-dalam-rundingan-dengan-indonesia\/","title":{"rendered":"Ambalat: Kerajaan perlu telus dalam rundingan dengan Indonesia"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan digesa telus dalam rundingan dengan Indonesia melibatkan isu wilayah maritim di sebuah blok lautan di Laut Sulawesi yang menjadi pertikaian sejak sekian lama.<\/p>\n<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mempersoalkan sama ada perjanjian di Ambalat adalah mengikut prinsip undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).<\/p>\n<p>Sehubungan itu, tambah beliau, sebarang pengumuman niat untuk pembangunan bersama tanpa kejelasan syarat, tanpa mandat Parlimen dan tanpa jaminan terhadap hak negeri Sabah merupakan langkah cuai yang boleh membawa kesan jangka panjang terhadap tuntutan sah Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cRakyat juga berhak bertanya adakah terdapat klausa yang membenarkan Malaysia menarik diri jika haknya dinafikan?<\/p>\n<p>\u201cAdakah Sabah dijamin bahagian hasil atau hak mentadbir sumber tersebut?<\/p>\n<p>\u201cAtau adakah tindakan ini hanya akan mengukuhkan tuntutan Indonesia melalui \u201cpengiktirafan tersirat\u201d dalam perjanjian pembangunan bersama?\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.<\/p>\n<p>Pada sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka di Jakarta, minggu lalu, Anwar berkata, kedua-dua negara harus mempertimbangkan kerjasama ekonomi termasuk di kawasan sempadan maritim yang memberi manfaat kepada rakyat.<\/p>\n<p>Sementara itu, Muhyiddin juga mempersoalkan berhubung persetujuan kedua-dua negara melaksanakan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) di Blok Ambalat seperti dilaporkan tersebut.<\/p>\n<p>Katanya, sehingga kini, tiada penjelasan secara terperinci mengenai perjanjian tersebut dibuat oleh kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cBenarkah Malaysia tidak mengorbankan seinci pun wilayahnya dalam Perjanjian Pembangunan Bersama ini?<\/p>\n<p>\u201cApakah terma-terma perjanjian ini? Tidakkah ia tidak menjejaskan kedudukan Malaysia dalam tuntutan kedaulatan ke atas Ambalat?<\/p>\n<p>\u201cOleh kerana pertikaian mengenai Ambalat melibatkan sempadan negeri Sabah, adakah negeri Sabah telah dirunding sebelum perjanjian pembangunan bersama dipersetujui Malaysia dan Indonesia?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tegas Muhyiddin, sebarang kerjasama yang melibatkan wilayah pertikaian mesti ditangguhkan sehingga sempadan diputuskan secara sah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau mana-mana saluran undang-undang yang diiktiraf.<\/p>\n<p>Jelasnya, negara tidak boleh membenarkan tindakan hari ini menjadi duluan berbahaya untuk masa depan dan implikasi serius jangka panjang terhadap kedaulatan negara.<\/p>\n<p>\u201cHak dan maruah negara tidak boleh diperjudikan. Rakyat berhak menuntut penjelasan, jaminan dan keterlibatan penuh dalam sebarang keputusan yang menyentuh kedaulatan negara.<\/p>\n<p>\u201cApa-apa tindakan yang melanggar hak dan kedaulatan negara boleh dianggap suatu penderhakaan kepada negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan digesa telus dalam rundingan dengan Indonesia melibatkan isu wilayah maritim di sebuah blok lautan di Laut Sulawesi yang menjadi pertikaian sejak sekian lama. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mempersoalkan sama ada perjanjian di Ambalat adalah mengikut prinsip undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). Sehubungan itu, tambah beliau, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1230,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[757,13,716,71,541,715],"authors":[],"class_list":["post-1229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ambalat","tag-anwar","tag-indonesia","tag-muhyiddin","tag-perikatan-nasional","tag-prabowo"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1229"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1231,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1229\/revisions\/1231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1229"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}