{"id":12320,"date":"2026-07-01T10:23:39","date_gmt":"2026-07-01T10:23:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12320"},"modified":"2026-07-01T10:23:39","modified_gmt":"2026-07-01T10:23:39","slug":"tiada-gangguan-bekalan-diesel-di-stesen-minyak-pdam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-gangguan-bekalan-diesel-di-stesen-minyak-pdam\/","title":{"rendered":"Tiada gangguan bekalan diesel di stesen minyak: PDAM"},"content":{"rendered":"<p>Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) memberi jaminan pelaksanaan Budi Madani Diesel (Budi Diesel) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang bermula pada Rabu tidak akan menjejaskan bekalan diesel atau kapasiti simpanan di stesen minyak di seluruh negara.<\/p>\n<p>Persatuan itu memaklumkan berdasarkan pemerhatian awal, transaksi pembelian diesel menerusi mekanisme Budi Diesel ketika ini masih rendah, iaitu kurang daripada 10 peratus daripada keseluruhan jualan diesel di stesen minyak.<\/p>\n<p>Menurut PDAM, operasi stesen minyak khususnya di Semenanjung dijangka terus berjalan seperti biasa kerana sebahagian besar penggunaan diesel negara masih melibatkan sektor komersial, pengangkutan dan logistik yang kekal menggunakan mekanisme sedia ada seperti SKDS dan kad armada.<\/p>\n<p>\u201cJumlah pembelian diesel melalui mekanisme Budi Diesel bagi pengguna individu masih kecil berbanding keseluruhan jualan diesel di stesen minyak. Oleh itu, sebarang peningkatan permintaan dijangka berada pada tahap terkawal dan mampu diserap oleh rangkaian logistik serta kapasiti simpanan sedia ada,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PDAM berkata, dari sudut kesiapsiagaan sistem, integrasi pengesahan MyKad di terminal pembayaran menunjukkan prestasi yang memuaskan, namun pengguna dan pengusaha stesen masih berada dalam fasa penyesuaian.<\/p>\n<p>Katanya, masih terdapat pengguna yang kurang memahami syarat kelayakan, jenis kenderaan yang dibenarkan, kuota subsidi serta kaedah pembelian diesel bersubsidi.<\/p>\n<p>Persatuan itu menjangkakan cabaran lebih ketara berlaku di Sabah dan Sarawak berikutan pelaksanaan Budi Diesel dan SKDS 2.0 dilakukan serentak di kedua-dua negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPelanggan tempatan, pengguna komersial serta bukan warganegara memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan kaedah pembelian baharu, khususnya bagi mereka yang tidak layak menerima subsidi dan perlu membayar pada harga pasaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, PDAM berharap kerajaan dan agensi berkaitan terus memperkukuh komunikasi awam sepanjang tempoh awal pelaksanaan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.<\/p>\n<p>\u201cPihak stesen minyak tidak seharusnya dibiarkan bersendirian sebagai barisan hadapan untuk menjelaskan dasar subsidi kepada pelanggan, terutama apabila timbul kekeliruan atau pertikaian di kawasan pam,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PDAM turut memaklumkan syarikat minyak telah menyediakan latihan awal kepada pengusaha stesen melalui manual penggunaan, panduan operasi dan soalan lazim, namun usaha penerangan perlu diteruskan secara konsisten.<\/p>\n<p>Mengenai pengurusan dua kategori diesel iaitu B7 pada harga pasaran serta B10 dan B15 yang dijual pada harga subsidi RM2.10 seliter, PDAM berpandangan ia bukan cabaran operasi yang luar biasa kerana sistem jualan sedia ada sudah lama mengendalikan produk pada harga berbeza seperti RON95 dan RON97.<\/p>\n<p>Pada Selasa, Kementerian Kewangan mengumumkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menerusi Budi Diesel.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, sekitar 400,000 pemilik berada di Semenanjung manakala 300,000 lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan.<\/p>\n<p>Selain itu, kira-kira 70,000 kenderaan komersial dan pengangkutan barangan di Sabah, Sarawak serta Labuan kini layak membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter di bawah pelaksanaan SKDS 2.0.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) memberi jaminan pelaksanaan Budi Madani Diesel (Budi Diesel) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang bermula pada Rabu tidak akan menjejaskan bekalan diesel atau kapasiti simpanan di stesen minyak di seluruh negara. Persatuan itu memaklumkan berdasarkan pemerhatian awal, transaksi pembelian diesel menerusi mekanisme Budi Diesel ketika ini masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4299,916,4297,4298,3449,2535],"authors":[],"class_list":["post-12320","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-budi-diesel","tag-diesel","tag-pdam","tag-persatuan-pengusaha-stesen-minyak-malaysia","tag-skds","tag-stesen-minyak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12320","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12320"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12320\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12321,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12320\/revisions\/12321"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12320"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12320"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12320"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12320"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}