{"id":12343,"date":"2026-07-02T06:01:40","date_gmt":"2026-07-02T06:01:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12343"},"modified":"2026-07-02T06:02:19","modified_gmt":"2026-07-02T06:02:19","slug":"jangan-bebankan-mcmc-platform-kena-turunkan-kandungan-bahaya-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-bebankan-mcmc-platform-kena-turunkan-kandungan-bahaya-fahmi\/","title":{"rendered":"Jangan bebankan MCMC, platform kena turunkan kandungan bahaya: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Platform media sosial perlu memikul tanggungjawab lebih besar untuk mengesan dan menurunkan kandungan memudaratkan secara proaktif, tanpa terus bergantung kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil tindakan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan kini sedang melengkapkan kerangka kawal selia di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866, termasuk memuktamadkan peraturan berkaitan ciri-ciri pesanan peribadi.<\/p>\n<p>Menurutnya, MCMC sedang menjalankan rundingan awam bagi membangunkan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Sifat yang Lain bagi Ciri-Ciri Pesanan Peribadi), yang bermula pada 19 Jun dan dijadual berakhir 20 Julai ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, peraturan itu antara 10 instrumen subsidiari yang merangkumi peraturan, kod dan garis panduan bagi memperincikan kewajipan penyedia perkhidmatan digital berlesen di bawah Akta 866.<\/p>\n<p>\u201cKesemua perundangan subsidiari, kod dan garis panduan ini digubal bagi memperincikan kewajipan serta obligasi pemberi perkhidmatan berlesen di bawah Akta 866, di samping memberikan panduan yang jelas mengenai pematuhan terhadap tanggungjawab statutori,\u201d katanya di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai status pembangunan instrumen subsidiari di bawah akta berkenaan, termasuk peraturan, garis panduan dan mekanisme pelaksanaannya.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, empat peraturan subsidiari telah berkuat kuasa serentak dengan Akta 866 pada 1 Januari lalu, manakala dua lagi mula dikuatkuasakan pada 1 Julai.<\/p>\n<p>Antaranya ialah peraturan berkaitan fi, bentuk aku janji, Tribunal Rayuan Keselamatan Dalam Talian, tempoh pelaksanaan, pengkompaunan kesalahan dan pelan keselamatan dalam talian.<\/p>\n<p>Akta 866 diperkenalkan bagi memperkukuh keselamatan pengguna internet, khususnya dalam menangani ancaman seperti penipuan dalam talian, perjudian digital, eksploitasi kanak-kanak dan penyebaran kandungan berbahaya di platform media sosial.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, pelaksanaan akta bersama peraturan subsidiari itu akan menuntut platform digital supaya lebih cekap mengesan kandungan yang melanggar undang-undang atau garis panduan komuniti.<\/p>\n<p>\u201cBukan sepatutnya masalah kandungan memudaratkan ini ditangani oleh MCMC. Sepatutnya masalah kandungan memudaratkan ini ditangani oleh platform itu sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sejak 1 Januari hingga Rabu, MCMC mengenal pasti sebanyak 345,712 kandungan memudaratkan untuk diturunkan daripada platform digital.<\/p>\n<p>Setiap permohonan, katanya, mengambil masa antara 30 hingga 45 minit kerana pegawai perlu menyediakan dokumen dan justifikasi sebelum kandungan itu boleh diklasifikasikan sebagai memudaratkan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita ambil angka 345,712 dan didarab dengan 30 minit bagi setiap permohonan, bermaksud dari 1 Januari hingga semalam, MCMC telah menggunakan sejumlah 19.7 tahun waktu bekerja untuk memfailkan kandungan yang dipercayai memudaratkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kira-kira 91 peratus daripada kandungan yang dimohon untuk diturunkan melibatkan perjudian dan penipuan dalam talian yang dihasilkan secara berulang oleh penjenayah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, MCMC kini meneliti penggunaan teknologi kecerdasan buatan ejen atau \u2018agentic AI\u2019 bagi mempercepatkan pengurusan aduan dan mengurangkan beban kerja pegawai.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menggesa syarikat platform media sosial menggunakan teknologi AI dengan lebih meluas untuk mengesan dan menurunkan kandungan berbahaya sebelum ia tersebar kepada pengguna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Platform media sosial perlu memikul tanggungjawab lebih besar untuk mengesan dan menurunkan kandungan memudaratkan secara proaktif, tanpa terus bergantung kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil tindakan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan kini sedang melengkapkan kerangka kawal selia di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866, termasuk memuktamadkan peraturan berkaitan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,4303,184,16,405,309],"authors":[],"class_list":["post-12343","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-kandungan-bahaya","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-parlimen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12343","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12343"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12343\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12344,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12343\/revisions\/12344"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12343"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12343"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12343"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12343"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}