{"id":12372,"date":"2026-07-02T16:08:12","date_gmt":"2026-07-02T16:08:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12372"},"modified":"2026-07-03T03:37:42","modified_gmt":"2026-07-03T03:37:42","slug":"jika-onn-hafiz-berani-berdialog-dengan-maszlee-rtm-boleh-sedia-pentas-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jika-onn-hafiz-berani-berdialog-dengan-maszlee-rtm-boleh-sedia-pentas-fahmi\/","title":{"rendered":"Jika Onn Hafiz berani berdialog dengan Maszlee, RTM boleh sedia pentas: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menjadi pentas bagi mempertemukan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malik dalam satu sesi dialog terbuka.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata RTM boleh menganjurkan sesi berkenaan pada tarikh dan masa yang dipersetujui kedua-dua pihak, termasuk diadakan di Johor Bahru.<\/p>\n<p>Menurutnya, pertemuan itu tidak semestinya berbentuk debat politik, sebaliknya boleh menjadi ruang perbincangan matang mengenai hala tuju Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya Onn Hafiz bersedia untuk diajak berdialog, bukan untuk berdebat tetapi berdialog dengan beradab yang mungkin boleh menyentuh mengenai hala tuju negeri Johor,\u201d katanya selepas menghadiri ceramah PH di Bakri malam tadi.<\/p>\n<p>Fahmi turut menyindir Onn Hafiz yang menurutnya perlu lebih terbuka untuk berdepan pandangan berbeza, terutama apabila dicabar secara baik oleh Maszlee.<\/p>\n<p>\u201cOnn Hafiz saya tengok, banyak benda dia tidak berani. Dia tidak berani untuk berdepan apabila dijemput dengan baik oleh Maszlee.<\/p>\n<p>\u201cJadi, saya rasa untuk menjadi seorang calon menteri besar, harus bersedia berdepan bukan hanya dengan media dan penyokong, tetapi dengan pihak yang mungkin berlainan pandangan atau pendapat dengannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan Fahmi itu dibuat ketika diminta mengulas pandangan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggesa PH mengemukakan calon menteri besar terlebih dahulu sekiranya mahu mengadakan debat dengan Onn Hafiz.<\/p>\n<p>Fahmi menyifatkan kenyataan Khairy sebagai usaha untuk mempertahankan maruah Menteri Besar Johor itu daripada terus diasak berhubung cabaran debat yang dibuat Maszlee.<\/p>\n<p>Polemik itu tercetus selepas Maszlee menerima cadangan supaya beliau berdebat dengan Onn Hafiz, susulan idea yang dikemukakan sebuah halaman Facebook, WOW Malaysia.<\/p>\n<p>Maszlee yang pernah menjadi Menteri Pendidikan kini bertanding atas tiket PH di DUN Puteri Wangsa, manakala Onn Hafiz mengetuai kerajaan negeri Johor dan dilihat sebagai antara tokoh utama BN dalam PRN kali ini.<\/p>\n<p>Onn Hafiz sebelum ini menolak cadangan debat terbuka atas alasan ia bukan pendekatan sesuai ketika kempen pilihan raya kerana dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menjadi pentas bagi mempertemukan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malik dalam satu sesi dialog terbuka. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata RTM boleh menganjurkan sesi berkenaan pada tarikh dan masa yang dipersetujui kedua-dua pihak, termasuk diadakan di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11921,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2638,49,630,4261,408,3847,103,325],"authors":[],"class_list":["post-12372","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dialog","tag-fahmi-fadzil","tag-johor","tag-maszlee-malik","tag-menteri-besar","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn","tag-rtm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12372","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12372"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12372\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12373,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12372\/revisions\/12373"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11921"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12372"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12372"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12372"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12372"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}