{"id":12382,"date":"2026-07-03T03:48:55","date_gmt":"2026-07-03T03:48:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=12382"},"modified":"2026-07-03T03:48:55","modified_gmt":"2026-07-03T03:48:55","slug":"ev-kekal-kompetitif-walaupun-cukai-jalan-diperkenal-johari-ghani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ev-kekal-kompetitif-walaupun-cukai-jalan-diperkenal-johari-ghani\/","title":{"rendered":"EV kekal kompetitif walaupun cukai jalan diperkenal: Johari Ghani"},"content":{"rendered":"<p>Kenaikan harga kenderaan elektrik (EV) dan pengenalan semula cukai jalan mulai 1 Januari lalu tidak dijangka menjejaskan momentum peralihan negara kepada mobiliti hijau.<\/p>\n<p>Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani berkata, keyakinan itu berdasarkan kos pemilikan keseluruhan EV yang lebih rendah, harga yang dijangka semakin kompetitif serta pertambahan kemudahan pengecasan di seluruh negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, walaupun harga belian awal sesetengah model EV mungkin meningkat, pengguna masih boleh menikmati penjimatan dalam jangka panjang melalui kos pengecasan dan penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman.<\/p>\n<p>\u201cKos pemilikan keseluruhan EV adalah lebih rendah memandangkan kos pengecasan dan penyelenggaraan adalah lebih rendah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman,\u201d katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau menjawab pertanyaan Mohd Azizi Abu Naim (BEBAS-Gua Musang) mengenai kesan kenaikan harga dan cukai jalan EV terhadap usaha negara mengurangkan pelepasan karbon serta membangunkan ekosistem pengangkutan hijau.<\/p>\n<p>Johari berkata, harga EV juga dijangka terus menjadi lebih menarik apabila pengeluaran pemasangan tempatan bertambah, persaingan pasaran meningkat dan teknologi bateri semakin maju.<\/p>\n<p>Katanya, perluasan rangkaian stesen pengecasan pula penting untuk mengukuhkan keyakinan pengguna, khususnya mereka yang masih bimbang mengenai jarak perjalanan dan akses kepada kemudahan pengecasan.<\/p>\n<p>\u201cPerluasan rangkaian kemudahan pengecasan yang berterusan di seluruh negara akan terus meningkatkan keyakinan pengguna serta mempercepatkan kadar penerimaan EV,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan harga jualan kenderaan ditentukan oleh pengeluar mengikut strategi perniagaan masing-masing.<\/p>\n<p>Namun, kenaikan harga dijangka lebih memberi kesan kepada EV import sepenuhnya atau CBU, manakala model yang dipasang dalam negara dijangka kekal lebih kompetitif kerana masih menerima insentif kerajaan.<\/p>\n<p>Pengecualian penuh Lesen Kenderaan Motor bagi EV sebelum ini tamat pada 31 Disember 2025. Bermula tahun ini, pemilik EV dikenakan cukai jalan mengikut struktur baharu berdasarkan kapasiti kuasa motor dalam kilowatt (kW).<\/p>\n<p>Johari berkata struktur baharu itu diwujudkan bagi memastikan kadar yang lebih adil dan seimbang, tanpa mengabaikan matlamat menggalakkan penggunaan kenderaan rendah karbon.<\/p>\n<p>Dasar EV negara sebelum ini menyaksikan kerajaan memberi pengecualian 100 peratus duti import dan duti eksais kepada EV import antara 2022 hingga 2025, dengan anggaran hasil cukai yang dilepaskan mencecah RM3.3 bilion.<\/p>\n<p>Kini, kerajaan memberi tumpuan kepada fasa pembangunan industri yang lebih mampan dengan menggalakkan pemasangan EV tempatan. Pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi model EV pemasangan tempatan diteruskan sehingga 31 Disember 2027.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan akan terus menilai keberkesanan dasar dan insentif semasa secara berkala bagi memastikan pembangunan ekosistem EV bukan sahaja menyokong agenda penyahkarbonan negara, malah memperkukuh industri automotif tempatan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenaikan harga kenderaan elektrik (EV) dan pengenalan semula cukai jalan mulai 1 Januari lalu tidak dijangka menjejaskan momentum peralihan negara kepada mobiliti hijau. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani berkata, keyakinan itu berdasarkan kos pemilikan keseluruhan EV yang lebih rendah, harga yang dijangka semakin kompetitif serta pertambahan kemudahan pengecasan di seluruh negara. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1443,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1827,1747,2667,2455,367,2554],"authors":[],"class_list":["post-12382","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai-jalan","tag-ev","tag-johari-ghani","tag-menteri-pelaburan","tag-miti","tag-perdagangan-dan-industri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12382","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=12382"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12382\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12383,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/12382\/revisions\/12383"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1443"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=12382"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=12382"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=12382"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=12382"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}